Menunggang Pagi Di Ipoh

oleh Arahman Crew|
Setelah lama tidak berkumpul dan melakukan aktiviti bersama, satu aktiviti santai menghimpunkan kembali para peminat-peminat 2roda berjaya dianjurkan. Sesi ride santai yang turut disertai wakil BamMan dari Careta dan Encik Bob wakil Roadstar telah mendapat sambutan hampir 50 buah motosikal dari pelbagai jenis seperti; Motosikal kustom. British Bike, Vintage, Retro, Vespa, Lambretta, Scrambler, Cafe Racer dan banyak lagi.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Diadakan pada pagi Ahad dan bermula dari Kedai Kopi D.M.J Generasi ke-3 (D’Mara Ipoh), para peserta yang hadir turut mematuhi dress code untuk tampil kacak. Para peserta meronda pusing-pusing sekitar pekan Ipoh serta beberapa lokasi yang menjadi tarikan pelancongan di sini termasuk Ipoh Town Hall, Dataran DBI dan Hotel Kinta Riverfront.

Menurut En.Dyno Shahril selaku penyelaras program, aktiviti riadah secara santai ini bertambah meriah dengan penyertaan rakan-rakan bikers lain. Antaranya seperti Custombike Ipoh, British Bike Perak, Vesperado Ipoh, The Rusty factory, Retrobike Ipoh dan ramai lagi.

 

Bagi admin, scene permotoran di Ipoh ini sangatlah menarik, bersatu dan sporting habis.

Gambar : Mohd Razalli Mohd Alwi
Teks : Encik Bob Yang Hensem

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ledakan sonik ini menghasilkan tenaga bunyi yang sangat tinggi kerana pesawat terbang pada…
Berita Domestik
Katanya, insiden menyebabkan kereta peronda terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian depan,…
Berita Domestik
Beliau berkata mahkamah turut menetapkan hasil penjualan rampasan minyak diesel dilucut hak untuk…