Mercedes-AMG A-Class 2023, ada A 45 S, A 35 dan AMG Street Style Edition!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ 2023
Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ 2023
Pada tahun 2018 hatchback berprestasi Mercedes-AMG A 35 diperkenal dan dua tahun kemudian giliran varian lebih berkuasa A 45 menemui pasaran.

Siapa yang tidak gemarkan model berprestasi AMG tersebut? Kini kedua-dua model diperkenal secara serentak susulan pengenalan A-Class rupa baru (2023).

Secara amnya, Mercedes‑AMG A 45 S 4MATIC+ hadir dalam gaya badan hatchback manakala Mercedes‑AMG A 35 4MATIC dalam kedua-dua hatchback dan sedan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Mercedes-AMG A 45 4MATIC+ dan A 35 4MATIC 2023

 

Apa yang berubah untuk model 2023? Lampu depan, gril radiator AMG, logo bulat AMG menggantikan logo bintang Mercedes.

Turut dipasang ialah apron depan dan bonet dengan garisan seperti A 45 S diguna pada A 35 supaya kedua-dua model AMG ini tampil seragam.

Gaya AMG diserlahkan lagi dengan roda baharu, lip spoiler belakang, nyalaan lampu belakang dan muncung ekzos bulat.

Walaupun AMG menyamakan kedua-dua model, A 45 S tampil lebih agresif termasuk empat ekzos di belakang.

 

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ 2023

 

Pada bahagian dalam, pilihan stereng AMG Performance mempunyai fungsi kawalan AMG seperti tiga tahap ESP atau AMG Dynamics.

Kerusi AMG Performance ditawarkan dalam warna sage grey.

Satu perubahan besar pada AMG A-Class ialah sistem mild hybrid 48 volt untuk A 35 dan penjana penghidup (RSG) dengan kuasa tambahan 10 kW untuk lebih kuasa pada permulaan.

Enjin 2.0 liter turbo (M260) berkuasa 306 hp dan daya kilas maksimum 400 Nm dan angka itu sama seperti A 35 2018.

 

Mercedes-AMG A 35 4MATIC 2023

 

Seperkara lagi yang diubah ialah penggunaan radiator depan baharu untuk pengurusan suhu lebih baik. 

Transmisi juga baharu dengan AMG SPEEDSHIFT DCT 8G menggantikan 7G sebelum ini.

Kepada pelanggan yang mahukan sesuatu lebih eksklusif, Mercedes-AMG menawarkan AMG Street Style Edition untuk A 45 S 4MATIC+ dalam masa terhad sahaja.

Edisi ini lebih meriah dengan kombinasi warna mountain grey magno, black/anthracite matt dan riasan jingga fluoresen yang menaikkan penampilan versi Aerodynamics Package.

Juga menarik ialah roda 19 inci baharu dalam warna hitam kusam dan angkup brek merah terang.

 

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ 2023

 

Bahagian dalaman AMG Street Style Edition dibezakan dengan kerusi AMG Performance dalam kemasan microfibre hitam MICROCUT dan riasan jingga terang.

Riasan oren turut diguna pada logo penyandar kepala. Tidak ketinggalan stereng AMG Performance dibalut kulit dan MICROCUT dan sulaman jingga.

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ digerakkan enjin 2.0 liter turbo (M139) dengan padanan transmisi AMG SPEEDSHIFT DCT 8G berkuasa 421 hp dan daya kilas 500 Nm.

 

Mercedes-AMG A 35 4MATIC 2023

 

Model AMG Street Style Edition berkongsi nadi sama dan dilengkapi AMG Aerodynamics Package, AMG Night Package I dan II penutup tangki minyak AMG.

Dari segi prestasi, A 35 boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.7 saat untuk hatchback dan 4.8 saat bagi model sedan. 

A 45 S pula lebih tangkas dengan 3.9 saat dan kelajuan maksimum mencecah 270 km/j manakala A 35 sehingga 250 km/j.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…