
Model ini dikuasakan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter yang telah diubah suai secara menyeluruh dengan turbo berkembar.
Enjin menjana 449 kuasa kuda (hp) dan tork maksimum 560Nm, dengan fungsi Overboost yang meningkatkan tork hingga 600Nm untuk tempoh singkat.
Ia dilengkapi transmisi AMG SPEEDSHIFT TCT 9G dan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+ boleh laras penuh.
Sebagi edisi terhad, model ini dilengkapi pelbagai pakej tambahan dan ciri istimewa.

Beberapa bahagian badan dibalut dengan filem yang memaparkan logo AMG bersaiz besar serta riasan warna kuning untuk Coupé manakala hitam dan biru untuk Cabriolet.
CLE Coupé hadir dalam warna matte MANUFAKTUR graphite grey magno dan Cabriolet ditawarkan dalam warna matte AMG MANUFAKTUR spectral blue magno.
Coupé menggunakan rim tempa bersaiz 20 inci dengan reka bentuk silang jejari dan bibir rim berwarna kuning khas untuk edisi ini.
Cabriolet dipadankan dengan rim aloi ringan berkilat bersaiz 20 inci.

Pakej khas untuk Mercedes-AMG CLE Limited Edition:
AMG Night Package (eksklusif untuk Coupé):
- Riasan pada apron hadapan AMG, sayap hadapan, perumah cermin sisi, pelapik sisi AMG
- Riasan baris badan dan bingkai tingkap, jalur kemasan pada apron belakang.
- Dua paip ekzos berkembar sistem ekzos AMG.
- Tingkap berwarna gelap dan penebat haba.
AMG Night Package II (eksklusif untuk Coupé):
- Jeriji radiator khas AMG dalam krom gelap, struts saluran udara, tulisan AMG pada sayap hadapan dan belakang.
AMG Styling Package (eksklusif untuk Coupé):
- Apron hadapan AMG dengan rekaan progresif dan sirip sisi, bibir spoiler AMG pada penutup but belakang, apron belakang AMG dengan plat peresap, sirip pada saluran udara sisi.
AMG Exterior Carbon-Fibre Package I (eksklusif untuk Cabriolet):
- Riasan pada apron hadapan AMG, pelapik sisi AMG, apron belakang — semuanya diperbuat daripada bahan gentian karbon.
AMG Exterior Carbon-Fibre Package II:
- Spoiler bibir dan perumah cermin sisi dan dalam rekaan gentian karbon
AMG DYNAMIC PLUS Package (untuk Coupé dan Cabriolet):
- Stereng AMG Performance dengan rekaan MICROCUT karbon dan mikrofiber
- Angkup brek berwarna kelabu dengan tulisan AMG di hadapan dan belakang
- Cagak enjin aktif untuk pelarasan antara enjin dan casis, membolehkan pemanduan lebih selesa atau lebih sporti.
AMG Driver’s Package:
- Had laju maksimum dinaikkan kepada 270 km/j.

Bahagian dalam juga menerima sentuhan khas. Coupé menampilkan kerusi AMG Performance berbalut kulit Nappa hitam dengan jahitan kontras kuning.
Cabriolet dilengkapi kerusi kulit Nappa AMG putih dengan riasan hitam.
Elemen gentian karbon digunakan sebagai kemasan tambahan, bersama panel ambang pintu bertulis AMG yang diterangi dalam warna kuning untuk Coupé dan putih untuk Cabriolet.
Karpet lantai AMG juga sepadan dengan tema masing-masing iaitu kuning untuk Coupé dan putih untuk Cabriolet.

Sebagai tambahan, edisi khas ini turut disertakan selimut kereta AMG.
Ia diperbuat daripada fabrik gentian sintetik tahan koyak dan bahagian dalam jenis flanel anti-statik untuk melindungi badan kereta daripada habuk dan calar.
Tempahan Mercedes-AMG CLE Limited Edition untuk pelanggan di United Kingdom sudah pun dibuka.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
