Mercedes-AMG F1 W11 jentera lumba paling hebat masa kini!

oleh Mohamad Hanif|
Pada perlumbaan Sakhir Grand Prix yang berlangsung pada hujung minggu yang lalu, pasukan Mercedes-AMG F1 berjaya menamatkan kedudukan di tempat kelapan dan kesembilan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun banyak drama yang terjadi pada hujung minggu yang lalu, ia turut membuktikan satu perkara - jentera Mercedes-AMG F1 W11 sebenarnya adalah sebuah jentera yang paling hebat pernah dihasilkan.

Disebabkan Lewis Hamilton terpaksa direhatkan seketika akibat COVID-19, posisi beliau digantikan oleh seorang pelumba jemputan British, George Russell.

Dengan terpaksa berlumba dengan set tayar yang salah, Russell tetap mampu untuk mengejar Sergio Perez dan berjaya menduduki tempat kedua untuk seketika sebelum terpaksa masuk pit kembali akibat masalah tayar pancit.

 


Pelumba daripada pasukan Williams itu walaupun bukanlah bertindak sebagai pengganti sebenar bagi Lewis Hamilton, akan tetapi beliau berjaya mencatatkan masa terpantas 55.404 saat, dan ia menambahkan lagi rekod yang dikecapi oleh pasukan Mercedes untuk tahun ini (lima rekod oleh Lewis, dua oleh Valtteri).

Bayangkan dalam keadaan serba kekurangan tersebut, keupayaan jentera Mercedes-AMG W11 itu masih lagi mampu menakutkan pihak lawan.

 


Musim perlumbaan Formula One 2020 tinggal berbaki satu pusingan, namun satu perkara yang konsisten dicapai oleh pasukan Mercedes-AMG F1 adalah menjuarai hampir setiap pusingan perlumbaan pada tahun ini.

Dengan 13 kemenangan daripada 16 perlumbaan dan jumlah mata terkumpul sebanyak 540 poin jauh di hadapan pasukan Red Bull (282), kemaraan pasukan Mercedes-AMG F1 kini tidak mampu lagi dibendung!
 


Sedikit informasi berkenaan jentera W11, ia menggunakan nadi perlumbaan M11 EQ Performance 1.6 liter hibrid bentangan V6 dengan bantuan turbo dan motor elektrik MGU-K, dan dipadankan dengan transmisi semi-automatik Xtrac lapan nisbah kelajuan.

Menurut laporan daripada Motorsports.com, satu ujian pengukuran kuasa telah pun dilakukan di litar Silverstone  mendapati Mercedes-AMG F1 W11 dikatakan mampu menghamburkan kira-kira 1,022 kuasa kuda, menjadikannya lebih berkuasa berbanding jentera terdahulu.

 


Sebelum ini, kami turut menaikkan beberapa artikel berkenaan rahsia di sebalik jentera F1 W11 ini, salah satunya adalah sistem stereng dua paksi DAS yang membenarkan pemandu mengubah sudut toe atau sudut jajaran roda relatif kepada arah garisan lurus sesebuah kenderaan.

Selain daripada itu, menurut Pengarah Teknikal Mercedes James Allison menjelaskan, sistem suspensi belakang kereta lumba F1 tersebut merupakan antara ciri yang lebih impresif berbanding sistem stereng DAS itu tadi.

Sudah pasti, kejuruteraan termaju yang terdapat pada W11 itu dibantu dengan kepakaran yang ada pada syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS menerusi penggunaan bahan api Primax, serta pelincir Syntium dan Tutela, sekaligus menyumbang kepada status sebagai jentera lumba F1 terhebat masa kini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…