Mercedes-AMG GLA 35 dan GLB 35 4MATIC 2023, kini dengan mild hybrid!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC 2023
Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC 2023
Satu hakikat perlu diterima di dalam era elektrifikasi sekarang ini ialah kereta yang dahulunya hebat dengan nadi pembakaran dalaman perlu dikacuk dengan komponen elektrik.

Tidak ada salahnya namun tidak boleh dinafikan ada perasaan bercampur melihat perubahan yang sedang berlaku.

Mungkin kuasa tambahan dan penjimatan bahan api boleh mengubat hati.

Terbaru dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) dari Jerman menggunakan teknologi mild hybrid. Bukan hibrid sepenuhnya dan enjin turbo kekal dominan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC 2023

 

Mercedes-AMG memperkenalkan dua buah model iaitu GLA 35 4MATIC dan GLB 35 4MATIC. Dua buah SUV keluarga berprestasi yang menepati terma 'sleeper'.

Sekali pandang, bahagian depan kedua-dua model nampak seperti tiada beza berbanding sebelum ini.

Mercedes-AMG hanya membuat perubahan pada apron bampar dan corak lampu depan dan belakang. 

Lampu LED dijadikan standard dan jika mahu lebih cangggih, pembeli boleh memesan lampu depan MULTIBEAM LED.

 

Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC 2023

 

Selain itu, arka roda GLA diwarnakan mengikut warna sama seperti badan.

Lagi pilihan yang ditawarkan ialah rim aloi 19 inci AMG dwi warna hitam kusam dan permukaan kilat. Rim AMG yang lebih besar pun ada, saiz 20 inci dalam dwi warna.

Pada bahagian dalam, Mercedes menawarkan balutan baharu untuk kerusi sport standard atau pilihan kerusi AMG untuk GLA.

Balutan kulit ARTICO dan mikrofiber MICROCUT boleh dipesan dalam warna bahia brown. Kulit ARTICO pula mempunyai warna baharu sage grey dan hitam.

 

Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC 2023

 

Untuk warna yang lebih meriah, Mercedes menawarkan balutan kulit dalam warna red pepper dan hitam.

Menambah tarikan utama ialah stereng AMG Performance yang terbaru dijadikan komponen standard.

Stereng itu mempunyai butang dengan paparan terang dan kawalan logik intuitif.

Pemandu boleh mengakses pelbagai fungsi penting dan program pemanduan tanpa mengangkat tangan dari stereng.

 

Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC 2023

 

Sistem maklumat hibur MBUX mempunyai skrin AMG khas dan fungsi baharu.

Satu yang menarik, Mercedes turut menyediakan permainan mini untuk dinikmati sambil menunggu di dalam kereta.

Apple Car dan Android Auto boleh disambung secara tanpa wayar dan penumpang disediakan pengecas USB yang lebih berprestasi dan slot tambahan USB-C.

 

Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC 2023

 

Kedua-dua GLA 35 dan GLB 35 4MATIC digerakkan enjin 2.0 liter R4 turbo yang menghasilkan 306 kuasa kuda (hp) pada 5,800 rpm dan tork 400Nm dari 3,000 hingga 4,000 rpm.

Enjin itu dipadan bersama transmisi dua klac AMG SPEEDSHIFT DCT 8G dengan pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC.

Seperti yang dinyatakan di awal artikel, kedua-dua model ini menggunakan sistem mild hybrid 48 volt dengan generator pacuan tali sawat (RSG) generasi kedua.

 

Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC 2023

 

Selain membekalkan lonjakan kuasa tambahan sementara 10 kW (13 hp), sistem elektrik itu juga membantu ketika menyusur (coasting) dan juga pemulihan tenaga.

Dari segi prestasi, GLA 35 boleh memecut dari kosong hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat dan tambahan 0.3 saat untuk abang besar GLB 35 dengan tujuh tempat duduk.

Kedua-dua model mempunyai kelajuan maksimum 250 kilometer sejam.

Tahukah anda? Mercedes-AMG GLA 35 2022 dipasang di Pekan, Pahang dan dijual pada harga RM363,888. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC 2023