Mercedes-AMG GLB 45 sedang diuji - SUV kompak dengan 415 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Mercedes-Benz nampaknya sudah pun memulakan fasa pengujian bagi SUV berprestasi tinggi baharu di dalam keluarga AMG, iaitu GLB 45. 

Difahamkan, GLB 45 ini juga bakal mendapat enjin generasi baharu yang kami paparkan sebelum ini, iaitu enjin 2.0 liter turbo dengan kod M139 dengan kuasa 415 kuasa kuda. 

Baca: Nadi baharu keluarga 45 AMG - enjin empat silinder paling berkuasa di dunia!
 

 


Nadi M139 ini merupakan enjin empat silinder paling berkuasa untuk kereta produksi siri dengan kuasa output spesifik 208.9 kuasa kuda per liter!

Jadi, dengan enjin yang sedemikian, tidak menghairankan jika SUV segmen C ini bakal mencatatkan masa pecutan kurang dari lima saat dari pegun sebelum mencapai 100 km/j. 

Nadi M139 ini bakal digandingkan dengan transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4MATIC serba baharu. 
 


Dari segi kelengkapan prestasi, Mercedes-AMG GLB 45 akan turut menerima sistem brek yang dipertingkat, kit badan spesifik AMG, gril hadapan Panamericana dan ciri-ciri lain. 

Ruangan dalaman pula bakal membawakan penampilan yang sama seperti keluarga 45 AMG yang lain, termasuklah tempat duduk jenis bucket, dan upholsteri yang lebih berorientasikan prestasi. 
 


Mercedes-Benz GLB pada asalnya merupakan sebuah SUV yang menawarkan konfigurasi sehingga tujuh tempat duduk, namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka bakal membawakan konfigurasi yang serupa untuk GLB 45.

Baca: Mercedes-Benz GLB 2020

Sumber: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…