Mercedes-AMG GLC 43 dan GLC 43 Coupe facelift - nadi V6, 385 hp, 520 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah menumpukan perhatian kepada keluarga 45 A-Class (A 45, CLA 45 dan CLA 45 Shooting Brake), kini tiba giliran SUV GLC pula menerima kemaskini varian berprestasi tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-AMG GLC 43 4Matic dan GLC 43 Coupe 4Matic - kedua-duanya dibangunkan berdasarkan GLC facelift yang diperkenalkan pada awal tahun lalu, membawakan sedikit perubahan pada lampu utama dan lampu belakang. 

 


Ruang kabin SUV ini didatangkan dengan tempat duduk sporti balutan kulit yang dikontraskan dengan jahitan merah, stereng bawah rata, paddle shifter dengan kemasan galvani, serta opsyen stereng AMG. 

Nadi utama yang menggerakkan GLC 43 dan GLC 43 Coupe ini ialah enjin bentangan V6 3.0 liter yang mampu menghasilkan 385 kuasa kuda dan 520 Nm daya kilas. 
 


Manakala sistem transmisi pula adalah automatik sembilan nisbah kelajuan sebelum kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda 4Matic dengan pengagihan tork 31 peratus-69 peratus untuk hadapan dan belakang. 

Prestasi di jalan raya diterjemahkan dengan pecutan sepantas 4.7 saat dari 0-100 km/j dan halaju maksima 250 km/j. 
 


Sama seperti model terkini, kedua-dua SUV ini hadir dengan AMG Ride Control dan sistem suspensi udara Air Body Control sebagai ciri standard, dengan mod pemanduan yang boleh disesuaikan seperti Comfort, Sport, dan Sport+.

Difahamkan, Mercedes-AMG masih belum menetapkan  harga jualan bagi kedua-dua SUV GLC dan GLC Coupe 43 ini. 
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…