Mercedes-AMG GT 63 E Performance 2023 - 831 hp, 1,400 Nm, 0-100 km/j 2.9 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama menanti, Mercedes-AMG kini tampil dengan model plug-in hybrid Mercedes-AMG GT 63 E Performance, sekaligus menjadi salah satu model produksi yang paling berkuasa selain daripada projek AMG One.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Mercedes-AMG GT 63 E Performance menggunakan jantung 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang dipadankan dengan unit motor elektrik kompak yang turut menampilkan transmisi dua kelajuan dan LSD pada gandar belakang.
 

AMG


Secara keseluruhan, AMG GT 63 E Performance berupaya menghasilkan 831 kuasa kuda dan daya kilas 1,400 Nm, serta menampilkan ISG (integrated starter-generator) berkuasa 14 hp.

Pecutan 0-100 km/j boleh dicapai dalam masa 2.9 saat dengan kelajuan maksimum 316 km/j, dan dalam masa yang sama mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 8.6 liter untuk setiap 100 km.

Pek bateri pula adalah berkapasiti 6.1 kWh yang hanya membenarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 12 km, namun ia dibekalkan dengan sistem pengecasan AC 3.7 kW yang direka untuk pengecasan pantas.
 

GT


Salah satu ciri penting yang terdapat pada pek bateri ini adalah penggunaan sistem penyejukan berteknologi tinggi, serta bendalir bukan konduktif untuk menyejukkan kesemua 560 sel secara individu pada suhu optimum 45 darjah Celcius.

Mercedes-AMG GT 63 E Performance didatangkan dengan tujuh mod pemanduan termasuklah Electric, Comfort, Sport, Sport+, Race, Slippery dan Individual, dan empat tahap pemulihan tenaga yang boleh dipilih.

Namun secara standard, ia dibekalkan dengan sistem suspensi udara adaptif berbilang kebuk AMG Ride Control+ dengan kawalan automatik, serta larasan elektronik.
 

CT


Sistem pemberhentian kereta ini terdiri daripada angkup enam omboh dengan rotor seramik karbon 420 mm dan angkup omboh tunggal dengan rotor 380 mm di belakang.

Dari segi penampilan, ia membawakan reka bentuk yang sama seperti model terdahulu, ditambah dengan lencana E Performance, serta slot pengecasan yang terletak di bahagian belakang.
 

GT


Rim didatangkan dalam pilihan saiz 20 atau 21 inci, dan pelanggan juga boleh mendapatkan pakej AMG Night Package II, Night Package atau Carbon Package.

Unit infohibur telah dikemaskini dengan paparan AMG hibrid yang spesifik, serta paparan grafik yang menggambarkan aliran tenaga yang berlaku di dalam keseluruhan sistem pemanduan.

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…