Mercedes-AMG GT Black Series pecah rekod terpantas di Nurburgring - 6 minit 43 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Baru beberapa hari kita mendengar berita berkenaan kereta produksi terpantas di dunia iaitu SSC Tuatara, di satu sudut bumi lain pula ceritanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada saluran YouTube Misha Charoudin, Mercedes-AMG GT Black Series dikatakan telah berjaya memecahkan rekod kereta produksi terpantas di Litar Neraka Hijau, Nurburgring Nordscheleife dalam tempoh 6 minit 43 saat.

Harus diingatkan, ini bukanlah rekod rasmi yang diperoleh daripada Mercedes-AMG, namun Misha Charoudin sebelum ini merupakan antara yang pertama mengumumkan rekod SUV terpantas RS Q8 di litar tersebut sebelum ia disahkan sendiri oleh Audi.

 


Mercedes-AMG terpaksa melakukan cubaan tersebut berkali-kali disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu, di mana kali terakhir mereka gagal melakukan sedemikian adalah pada hari Jumaat yang lalu.

Walaupun tempoh masa 6 minit 43 saat itu sekadar anggaran semata-mata, namun jika benar rekod ini telah berjaya memadamkan usaha yang dibuat oleh Lamborghini Aventador SVJ yang dibuat pada Julai 2018 (6:44.97).

Baca: 10 kereta produksi terpantas di Litar Nurburgring

Untuk rekod, Mercedes-AMG GT Black Series ini hadir dengan enjin 4.0 liter bentangan V8 jenis flat-plane crank dan pengecas turbo berkembar yang mampu menghasilkan angka output 720 hp dan 800 Nm.

Enjin tersebut turut dipertingkatkan dengan aci sesondol serba baharu, manifold ekzos yang direka semula, serta sistem pelinciran jenis dry sump sebelum digandingkan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

 


Tetapan ini membenarkan AMG GT memecut sepantas 3.2 saat dari 0-100 km/j, dan 0-200 km/j dalam masa kurang sembilaan saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 325 km/j.

Sama-sama kita tunggu laporan rasmi daripada Mercedes-AMG berhubung cubaan pecah rekod yang dibuat oleh Mercedes-AMG GT Black Series 2021 ini.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, jentera berharga dari RM3 juta itu hanya dibawa masuk sebanyak 13 unit…
Berita Global
Dalam satu temubual bersama Road and Track, ketua unit rekaan Mercedes Gorden Wagener mengesahkan…
Berita Global
Turut dipamerkan adalah rangka aluminium komposit yang bakal menjadi asas kepada pembinaan Mercedes…