Mercedes-AMG GT Black Series sebagai kereta keselamatan F1 2022

oleh Mohamad Hanif|
Tugas sebagai kereta keselamatan dan kereta perubatan F1 musim 2022 bukan sahaja digalas oleh Aston Martin Vantage dan DBX, malah ia turut dikongsi dengan dua buah model Mercedes-AMG, iaitu Mercedes-AMG GT Black Series dan juga Mercedes-AMG GT 63 S.

Seperti biasa, spesifikasi kedua-dua jentera ini adalah standard, dengan modifikasi yang dilakukan adalah seperti penambahan bar lampu keselamatan.

Untuk Mercedes-AMG GT Black Series, ia dilengkapi dengan sistem pencahayaan LED inovatif yang boleh dilihat pada bahagian atas cermin hadapan, dan juga sayap belakang dengan dua mod utama, iaitu warna jingga dan warna hijau.
 

AMG GT


Malah, lampu LED ini boleh dimalapkan atau dicerahkan bergantung kepada kondisi pemanduan semasa.

Sesuai dengan tugasnya sebagai kereta keselamatan, Mercedes-AMG GT Black Series ini telah menerima pakej opsyen Track Package yang merangkumi pemasangan sangkar oleng titanium.
 

AMG TG


Untuk tahun ini, Mercedes-AMG GT 63 S mengambil alih peranan yang telah ditinggalkan oleh wagon Mercedes-AMG C 63 S Estate.

Ruang kabin kedua-dua kereta keselamatan dan kereta perubatan ini telah dimuatkan dengan beberapa buah skrin paparan tambahan, sementara untuk kereta perubatan pula terdapat dua tempat duduk berasingan untuk baris kedua.
 

GT


Aksi Mercedes-AMG GT Black Series (dan AMG GT 63 S) ini boleh dilihat menerusi perlumbaan pusingan pertama yang akan berlangsung di GP Bahrain pada 20 Mac ini.

Baca: Kereta keselamatan F1 2021

Baca: Aston Martin Vantage, DBX sebagai kereta keselamatan, perubatan rasmi F1 2021

Berita Berkenaan

MotorGP
Selain daripada BMW M2 CS Racing, BMW M3 Sedan, M4 Coupe, M5 CS, jentera dua roda BMW M 1000 RR dan…
Berita Global
Menurut CEO BMW M, Frank van Meel berkata, "tiada tempat yang lebih sesuai untuk menyambut ulang…
Sukan Bermotor
Menurut FIA, fungsi utama kereta keselamatan adalah untuk memastikan keselamatan pemandu serta para…