Ini kerana Mercedes-AMG juga dalam masa yang sama masih lagi menggalas tugas selaku pembekal rasmi kereta keselamatan dan perubatan untuk sukan Formula One bagi musim 2021.
Dua kereta yang dimaksudkan adalah Mercedes-AMG GT R selaku safety car manakala kereta perubatan pula menggunakan Mercedes-AMG C 63 S Estate.
Tidak seperti Aston Martin yang tampil dengan warna hijau, jentera Mercedes-AMG pula dilayangkan dengan warna merah (warna signatur jenama tersebut), serta menampilkan rakan penaja bagi pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team, CrowdStrike.
Jentera Mercedes-AMG GT R itu akan dikendalikan oleh Duta AMG serta tenaga pengajar AMG Driving Academy, Bernd Maylander yang telah bertugas sebagai pemandu kereta keselamatan F1 semenjak tahun 2000 lagi.
Mercedes-AMG GT R itu dilengkapi dengan AMG Track Package yang merangkumi perlindungan roll-over dan brek seramik, sementara enjin asal 4.0 liter V8 turbo berkembar itu tidak disentuh, dan kekal dengan angka output 577 hp dan pecutan 0-100 km/j sepantas 3.6 saat.