Serangan berbaur perkauman dan Islamofobia itu dilaporkan berlaku di ruang merokok di pangkalan utama pasukan itu di Brackley, Northamptonshire.
Siasatan mendapati mereka turut membuat pertaruhan bagi meneka sejauh mana rakan setugas Muslim mampu menahan lapar dan dahaga sepanjang Ramadan.
Kesemua pekerja terbabit dipecat bulan lalu manakala tiga lagi diberi amaran kerana melanggar peraturan kepelbagaian syarikat.
"Mereka telah menyasarkan seorang lelaki Muslim selama bertahun-tahun. Ia amat melampau, lebih-lebih lagi Lewis sendiri amat lantang dalam isu perkauman.
"Apa pun, kami mengutuk keras perbuatan sebegini dan tindakan tegas telah diambil serta-merta," menurut kenyataan rasmi pasukan.
Sumber: Sinar Harian