Mercedes-AMG S 63 E-Performance 2024 - nadi V8 hibrid 791 hp, 1430 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Sedan Sonderklasse (S-Class) bersama-sama dengan sedan elektrik EQS merupakan sedan mewah saiz penuh yang dihasilkan oleh Mercedes-Benz, membawakan pelbagai teknologi termaju untuk golongan VIP, VVIP, dan beberapa V yang seterusnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun dengan bantuan teknologi yang diperoleh daripada sukan Formula One mampu menjadikan model sedan S 63 ini S-Class yang paling berkuasa di dunia.
 

S 63


Mercedes-AMG S 63 E-Performance ini masih lagi mengekalkan nadi bentangan V8 4.0 liter sebelum dibantu dengan motor elektrik pada gandar belakang dan pek bateri kecil berkapasiti 13.1 kWh sahaja.

Menurut Mercedes-AMG, jarak gerak sifar emisi S 63 ini hanyalah sekitar 33 km, namun itu bukanlah matlamat utama dalam menghasilkan sedan ini.
 

63


Atas kertas, S 63 dengan nadi V8 hibrid itu dikatakan mampu menjana kuasa setinggi 791 hp dan daya kilas 1,430 Nm.

Dengan sistem pacuan semua roda 4MATIC, sedan ini mampu memecut 0-100 km/j sepantas 3.5 saat, 1.5 saat lebih pantas berbanding S 580 dan 1.2 saat lebih laju berbanding model Maybach S 680 yang dilengkapi dengan enjin V12.
 

63


Lebih menakjubkan, pecutan sepantas itu boleh dicapai biarpun berat badan sedan ini mencecah 2,520 kg!

Aspek pemanduan dan pengendalian dibantu dengan ciri seperti bar anti-oleng elektromekanikal, peredam adaptif, sistem stereng gandar belakang, brek seramik dan cagak enjin aktif.
 

S 63


Reka bentuk luaran S 63 AMG ini mengekalkan elemen yang elegan, namun ditambah dengan unsur sporti, dimulakan dengan jeriji hadapan Panamericana, rim aloi standard 20 inci (atau opsyen 21 inci), tip ekzos trapezoid, serta bampar depan dengan rekaan 'jet-wing'.

Sama seperti S-Class standard, S 63 AMG ini hanya boleh memuatkan empat orang sahaja pada satu-satu masa, dengan kemasan bespoke AMG, roda stereng AMG dengan tombol penukaran mod pemanduan, diikuti sistem infotainmen MBUX beserta dengan paparan grafik dan fungsi khas AMG.
 

S 63


Namun, ciri swapandu Tahap 3 Drive Pilot yang ada pada S-Class tidak akan didapati untuk tempoh permulaan, dan hanya akan ditawarkan selepas beberapa bulan ia mula dijual pada musim bunga tahun depan.

Harga jualan juga hanya akan diumumkan secara rasmi kelak.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…