Mercedes-Benz 190E Electro - eksperimen EV Mercedes 1990-an

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa puluh tahun sebelum wujudnya jenama EQ, Mercedes-Benz sudah pun bereksperimentasi dengan trenkuasa elektrik sepenuhnya pada kereta penumpang, dan salah sebuahnya adalah model Mercedes 190E yang hadir pada Hanover Fair tahun 1990.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada tahun itu, Mercedes-Benz mahu menguji platform 190E dengan pelbagai jenis konfigurasi pacuan serta trenkuasa elektrik sepenuhnya yang menampilkan kehadiran pek bateri sodium-nickel chloride atau bateri sodium-sulphur.

 


Malah, kira-kira setahun selepas itu, Mercedes-Benz membuat kemunculan di Geneva Motor Show dengan membawakan kereta elektrik yang lebih maju, dikenali sebagai 190E 'Electro'.

Model berkuasa elektrik 190E Electro ini menurut Mercedes-Benz masih mengekalkan ruang kabin sedia ada serta ciri keselamatan yang dibawakan pada ketika itu.

 


Apa yang berubah adalah penggunaan trenkuasa elektrik yang terdiri daripada dua unit motor elektrik magnet kekal DC, satu untuk setiap roda belakang dengan kuasa gabungan sekitar 44 kuasa kuda sahaja.

Manakala penggunaan pek bateri sodium-nickel chloride pula membenarkan perjalanan sejauh 110 kilometer untuk sekali caj penuh!

Satu angka yang agak menakjubkan untuk sebuah kereta elektrik yang dibangunkan pada era 1990-an.

 


Selain daripada itu, Mercedes 190E Electro ini turut tampil dengan sistem brek regeneratif yang mampu membantu pengecasan semula pek bateri ketika pemanduan.

Dengan diet pengurangan berat yang diamalkan, Mercedes 190E Electro berjaya mencatatkan kelebihan berat sekitar 200 kg berbanding model asal, walaupun sarat dengan komponen trenkuasa elektrik.

 


Model 190E Electro ini turut diuji secara meluas di kepulauan Jerman sekitar tahun 1992 sehingga 1996 di bawah pelbagai kondisi cuaca dan pemanduan harian, dan dibantu dengan pemasangan beberapa fasiliti pengecasan khusus.  

Secara kasarnya, Mercedes-Benz telah membina 10 unit 190E Electro di mana sebahagian daripadanya tidak memiliki transmisi, manakala ada model yang dipasang dengan transmisi manual!

Malah, menurut Mercedes lagi, kebanyakan kenderaan yang diuji tidak memaparkan sebarang masalah sepanjang pengujian, malah salah satu daripadanya berjaya mencapai jarak perjalanan 100,000 km dalam masa satu tahun.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Harga rasmi bagi model C350e ini adalah bermula dari RM338,888 (OTR tidak termasuk insurans) dan…
Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…