Mercedes-Benz buka pusat logistik selepas jualan serantau di JB, mula operasi 2024

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz baru-baru ini memuktamadkan perancangan untuk membuka Pusat Logistik Selepas Jualan di Malaysia, bertempat di Senai Airport City, Johor Bahru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, Mercedes-Benz telah menandatangani perjanjian sewa jangka panjang di mana operasinya dijangka bermula pada tahun 2024 dan dikendalikan oleh syarikat subsidari 100 peratus Mercedes-Benz AG, iaitu Mercedes Benz Parts Logistics Asia Pasific (Malaysia) Sdn Bhd.  

Mercedes-Benz juga turut bekerjasama dengan syarikat pembangun Tiong Nam Logistics Solutions Sdn Bhd di mana syarikat itu akan menerajui usaha untuk membangunkan lokasi dan pemilik gudang baharu itu.

Menurut Thomas Schulz, Naib Presiden Perkhidmatan Global dan Operasi Alat Ganti menjelaskan, "dengan adanya Pusat Logistik Selepas Jualan, Mercedes-Benz komited untuk melabur dan mengukuhkan lagi kedudukan kami di Malaysia.

"Lokasi yang strategik, pusat logistik ini membolehkan kami untuk untuk mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah hab pengedaran di peringkat serantau dan global, selain mencipta peluang pekerjaan baharu di rantau ini.

Fasiliti baharu yang dijangka berkeluasan 1,000,000 kaki persegi ini akan menjadi sebahagian daripada jaringan rangkaian bekalan selepas jualan Daimler AG di peringkat global, dan bakal berfungsi sebagai pusat pengedaran alat ganti di rantau Asia Pasifik.

Selain menguruskan hal ehwal berkaitan import, ia juga boleh bertindak sebagai pusat storan, serta pengurusan pengedaran alat ganti dan aksesori di peringkat serantau.