Mercedes-Benz C-Class 2022 CKD kini tersedia di Malaysia - dua varian, dari RM287,888

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun perlu menunggu dengan lebih lama selepas pelancaran awal tahun lalu, Mercedes-Benz Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan penawaran sedan mewah Mercedes-Benz C-Class versi pemasangan tempatan (CKD) di Pekan, Pahang untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sama seperti penawaran terdahulu, C-Class boleh didapati dalam dua varian utama, iaitu C 200 Avantgarde Line dan C 300 AMG Line, dengan harga jualan kini bermula dari RM287,888 hingga RM327,888.

Untuk varian C 200 Avantgarde Line, ia dikuasakan oleh nadi empat silinder sebaris 1.5 liter turbo yang mampu menjana kuasa setinggi 204 hp @ 5,800 - 6,100 rpm, daya kilas 300 Nm @ 1,800 - 4,000 rpm, dipadankan dengan motor elektrik 15 kW/200 Nm, transmisi 9G-TRONIC, sistem suspensi Agility Control, mod pemanduan Dynamic Select serta bantuan Integrated Starter Generator (ISG).
 

C 300


Sementara varian C 300 AMG Line pula mendapat enjin 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 258 hp @ 5,800 rpm, daya kilas 400 Nm @ 2,000 - 3,200 rpm, motor elektrik 15 kW/200 Nm, padanan transmisi yang sama beserta ISG, serta suspensi Agility Control dengan sistem peredam selektif.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 7.3 saat (6 saat untuk C 300) sementara kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 250 km/j.

Dari segi rupa luaran, C-Class generasi baharu ini membawakan elemen rekaan yang merujuk kepada model S-Class yang lebih sofistikated, denga jarak antara roda yang lebih panjang menyumbang kepada ruang kabin yang lebih luas.
 

C 300


Kedua-dua varian tersebut dibezakan dengan penampilan luar, di mana C 200 diserikan dengan kemasan Avantgarde dengan rim 5 jejari bersaiz 18 inci sementara C 300 pula dilengkapi dengan kit AMG Line yang lebih sporti, jeriji hadapan dengan elemen bintang Mercedes, rim AMG 19 inci, serta penambahan ciri seperti bumbung panorama, lampu LED High Performance dan Bantuan Suluhan Tinggi Adaptif.

Elemen rujukan S-Class turut ditampilkan pada ruang kabin C-Class generasi baharu, di mana ia kini membawakan skrin tengah bersaiz 11.9 inci lengkap dengan sistem operasi MBUX dan sokongan MBUX Navigation Premium, sementara di hadapan pemandu didatangkan dengan skrin kluster digital 12.3 inci.

Ia turut membawakan ciri moden seperti pengimbas cap jari, pengecasan peranti nirwayar, sistem pencahayaan ambien dan integrasi peranti pintar.
 

C 300


Mercedes-Benz turut menawarkan program pembiayaan Step Up Agility Financing Plan yang membolehkan anda membawa pulang Mercedes-Benz C-Class generasi baharu ini pada harga ansuran bulanan serendah RM2,388 (atau RM2,888 untuk C 300 AMG Line), berdasarkan tempoh pinjaman lima tahun dan bayaran muka 10 peratus. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu, Kia Carnival 2024 CKD kini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…
Berita Domestik
Berdasarkan hantaran di laman Facebook MyEVOC oleh Faisal Hussamuddin, sedan elektrik itu dilihat…