Mercedes-Benz CLE-Class 2024 - pilihan enjin enam silinder, kuasa sehingga 375 hp

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz baharu sahaja melancarkan model coupe terbaharu CLE-Class sebagai inisiatif untuk meringkaskan lagi penawaran portfolio sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model hardtop CLE-Class baharu ini akan menggantikan peranan model C-Class Coupe dan E-Class Coupe yang telah dihentikan penawarannya.

Dari segi dimensi, CLE-Class membawakan ukuran jarak antara roda sepanjang 2,865 mm, menjadikannya jauh lebih panjang berbanding model C-Class Coupe dan E-Class Coupe yang terdahulu.

Bukan itu sahaja.
 

CLE


Selain daripada penawaran enjin empat silinder sedia ada pada keluarga C-Class, CLE-Class juga bakal ditawarkan dengan trenkuasa enam silinder sebaris menerusi varian CLE 450 4MATIC.

Varian tersebut menampilkan enjin enam silinder 3.0 liter turbo berkembar yang dipadankan dengan komponen penjana pemula bersepadu (ISG) menghasilkan 375 hp dan 500 Nm, kotak gear auto sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda.

Terdapat varian CLE 220d berkuasa 197 hp, atau CLE 200 dengan enjin 2.0 liter berkuasa 201 hp.

Sementara di Amerika Syarikat, CLE boleh didapati dalam varian CLE 300 4MATIC, dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo hibrid ringan, menghasilkan 255 hp dan 400 Nm.
 

CLE


Sistem gantungan CLE-Class terdiri daripada tetapan four links pada gandar hadapan, diikuti dengan binaan multi-link pada gandar belakang.

Terdapat opsyen sistem suspensi AMG yang lebih sporti ditawarkan di mana ia lebih keras dan menawarkan respons stereng yang lebih telus.

Bahagian luaran CLE-Class banyak mengambil inspirasi daripada model C-Class generasi baharu, sementara ruang kabin juga tidak banyak membawakan perbezaan yang ketara di mana susun atur papan pemuka juga adalah hampir serupa.
 

CLE


Terdapat skrin kluster digital sebesar 11.9 inci yang dipadankan dengan skrin tengah 12.3 inci, tetapan audio Burmester, kehadiran pembesar suara pada tempat perehat kepala, serta tempat duduk balutan kulit Nappa yang elegan.

Sama seperti E-Class, CLE-Class juga turut mendapat sistem infohibur MBUX dengan sokongan komunikasi 5G, membolehkan anda membuat sidang video Webex/Zoom, melayari aplikasi TikTok atau bermain permainan Angry Birds.

Tidak sah kehadiran model baharu Mercedes-Benz tanpa penawaran model pantas berlencanakan AMG.
 

CLE


Menurut satu laporan, Mercedes akan memperkenalkan model CLE 53 AMG menjelang tahun depan dengan padanan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter berkuasa 429 hp dan 560 Nm, tetapan yang sama ditawarkan pada model GLE 53.

Terdapat kemungkinan besar versi yang lebih berkuasa (CLE 63 AMG) akan hadir dengan tetapan trenkuasa plug-in hybrid (671 hp).

Harga jualan masih belum didedahkan buat masa ini, namun yang pasti CLE-Class ini akan mula dijual di Eropah pada awal tahun hadapan (2024), sekali dengan kemunculan CLE-Class Cabriolet.