Mercedes-Benz EQB 2022 mendarat di Eropah, dua varian 4MATIC, kuasa setinggi 288 hp/521 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pengenalan buat kali pertama di China pada April lalu, Mercedes-Benz membawakan SUV kotak EQB ke pasaran Eropah bersempena dengan acara IAA 2021 di Munich, Jerman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan berdasarkan model GLB-Class, EQB merupakan sebuah SUV berkuasa elektrik sepenuhnya ditawarkan dalam varian EQB 300 dan EQB 350.

Kedua-dua varian mendapat konfigurasi motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda, serta pek bateri berkapasiti 66.5 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 419 km.
 

GLB


Dari segi kuasa, Mercedes-Benz EQB 300 hadir dengan output setinggi 225 hp dan daya kilas 390 Nm, sementara model EQB 350 pula mampu menghamburkan kuasa setinggi 288 hp dan 521 Nm.

Versi pacuan roda depan (motor elektrik tunggal) pula bakal menyusul dalam masa terdekat, diikuti dengan model pemanduan jarak jauh.

Mercedes-Benz EQB masih lagi mampu menawarkan ruang sehingga tujuh orang pada satu-satu masa, atau versi lima tempat duduk dengan ruang kargo belakang yang jauh lebih besar.
 

GLB


Membezakannya dengan model GLB-Class adalah penampilan unik yang disumbangkan oleh rekaan lampu LED, gril hadapan kosong tanpa sebarang bukaan, namun tetap hadir dengan kemasan seperti gril sebenar.

Ruang kabin EQB mendapat rekaan papan pemuka yang hampir serupa dengan model GLB-Class, seperti contoh skrin kluster instrumen dan skrin infotainmen bersaiz 10.3 inci, namun dengan paparan khas seperti maklumat pengecasan serta jarak operasi yang optimum untuk tujuan pengecasan.

Setakat ini, harga jualan untuk model EQB masih belum diumumkan, namun ia bakal bersaing secara terus dengan model Audi Q4 e-tron, Tesla Model Y dan Volkswagen ID.4 dengan julat harga bermula kurang dari $50,000 (RM207k).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pihak ST kini sedang menyiasat kes bagi mengenal pasti punca sebenar, dan akan memanggil pihak dan…
Berita Domestik
Dengan harga jualan bermula dari RM328,888, Mercedes-Benz EQB 350 4MATIC merupakan sebuah SUV…
Pelancaran
Ia merupakan SUV mewah pertama berkuasa elektrik yang boleh didapati sebagai sebuah kenderaan…