Varian baharu ini menggabungkan teknologi canggih dengan ruang dalaman yang menawarkan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan serta melambangkan kemewahan dan kebolehsuaian.
SUV EQS berdiri sebagai bukti komitmen kami terhadap reka bentuk yang inovatif dan prestasi unggul, menetapkan piawaian baharu dalam dunia kenderaan elektrik mewah.
SUV EQS menawarkan ruang dalaman yang mewah dan luas untuk sehingga tujuh penumpang, menampilkan sambungan dan keselesaan canggih.
Motor elektriknya yang berkuasa memacu semua roda 4MATIC responsif dan mod pemanduan OFFROAD meningkatkan keupayaannya yang lebih mencabar.
Pada bahagian luaran, Mercedes Benz menampilkan AMG Line gril radiator Panel Hitam dengan corak bintang, roda berbilang jejari AMG 22 inci, dan papan larian bercahaya.
Selain itu, terdapat DIGITAL LIGHT dengan Adaptive Highbeam Assist Plus memastikan keterlihatan optimum, manakala pencahayaan sekeliling animasi dan bumbung panoramik meningkatkan keselesaan dan suasana.
SUV Mercedes-Benz EQS 450 4MATIC memberikan prestasi pemanduan yang mengagumkan dengan kuasa output 360 hp dan tork maksimum 800 Nm.
Iq membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 6.1 saat.
Kuasa dinamik ini dilengkapi dengan rangkaian elektrik yang luar biasa sehingga 673KM WLTP, memastikan pemandu dapat menikmati kedua-dua pecutan mendebarkan dan keupayaan jarak jauh tanpa kompromi.
SUV EQS menunjukkan gabungan prestasi dan kecekapan yang sempurna, mentakrifkan semula pengalaman pemanduan elektrik yang mewah.
SUV EQS menyampaikan penggunaan paling cekap kereta electric drive train (eATS) pada kedua-dua gandar hadapan dan belakang.
Ia berfungsi sebagai anjakan tork secara bijak dan berterusan mengagihkan tork pemacu antara motor elektrik hadapan dan belakang.
Motor elektrik pada gandar hadapan dan belakang adalah permanently excited synchronous motors (PSM).
Kelebihan reka bentuk ini termasuk ketumpatan kuasa tinggi, kecekapan tinggi dan konsistensi kuasa tinggi.
Casis SUV EQS mempunyai gandar empat pautan di hadapan dan suspensi berbilang pautan di belakang.
Suspensi udara AIRMATIC dengan redaman boleh laras berterusan ADS+ turut disertakan, jadi paras kenderaan boleh dinaikkan beberapa sentimeter.
Terdapat juga Mod PILIHAN DINAMIK terdiri daripada ECO, COMFORT, SPORT, INDIVIDUAL dan OFFROAD yang beri kepelbagaian pengalaman pemanduan.
Tambahan pula, stereng gandar belakang dengan sudut stereng sehingga 10 darjah memberikan banyak kebolehgerakan dan ketangkasan di bandar.
Sistem pengecasan generasi terkini terletak di atas gandar belakang SUV EQS. Dengan kapasiti pengecasan AC sehingga 22 kW, EQS SUV mampu mengecas penuh 0-100 peratus selama 6 jam dan 15 minit.
Manakala, sistem pengecasan pantas DC dengan kapasiti pengecasan sehingga 200 kW membolehkan masa pengecasan dari 10 hingga 80 peratus selama 31 minit
Pada bahagian dalaman, SUV EQS menggabungkan ruangan yang luas dengan kemewahan avant-garde.
Dalamannya mempunyai tempat duduk hadapan berbilang kontur, baris ketiga untuk dua penumpang tambahan, dan tempat duduk hadapan beriklim dengan pengudaraan dan pemanasan tiga peringkat.
Pada kabin itu juga, mempunyai trim kayu magnolia pori terbuka berwarna coklat, aksen aluminium bercorak Mercedes-Benz, dan upholsteri kulit nappa dalam warna hitam / perang balao.
Ia juga menampilkan, skrin Hiper MBUX menyepadukan panel instrumen ke dalam paparan skrin lebar tunggal, dilengkapkan dengan Paparan Head-up MBUX Augmented Reality untuk navigasi 3D dan bantuan pemanduan.
Ia juga menyokong sambungan wayarles melalui Android Auto™ atau Apple CarPlay™.
Tambahan itu,penumpang belakang dapat menikmati kawalan iklim THERMOTRONIC dengan lima zon, termasuk sistem iklim khusus untuk baris ketiga, dan dua paparan sentuh 11.6 inci untuk hiburan mewah.
Penumpang juga boleh menukar pencahayaan ambien dan mendapat akses kepada pelbagai maklumat tentang perjalanan dalam keselesaan tempat duduk mereka.
Selain itu, SUV elektrik ini menampilkan Sistem bunyi Dolby Atmos® dengan bunyi sekeliling Burmester® menawarkan pengalaman audio 360 darjah, mempertingkatkan suasana dalam kabin.
Untuk ciri keselamatan dan bantuan canggih, ia dilengkapkan dengan Pakej Bantuan Memandu Plus termasuk Bantuan Jarak Aktif DISTRONIK, Bantuan Kekal Lorong Aktif, Bantuan Stereng Aktif, sokongan gerakan mengelak dan PRE-SAFE® Impulse Side.
Manakala URBAN GUARD Plus menyediakan perlindungan kenderaan yang komprehensif dengan pemantauan menyeluruh, sistem penggera anti-kecurian dan penyahaktifan kunci kecemasan.
Selain itu, Pakej Tempat Letak Kereta mempunyai kamera 360° dengan bonet lutsinar, pakej cermin dan monitor tekanan tayar, meningkatkan kemudahan dan keselamatan.
Ciri-ciri lain yang terdapat pada SUV ini adalah KEYLESS-GO, AKSES BEBAS TANGAN, pintu belakang EASY-PACK, pakej USB ditambah dan Acoustic Comfort Package.
Mercedes-Benz EQS 450 4MATIC SUV dijual dengan harga bermula dari RM 625,888 OTR dan tanpa insurans.
Penghantaran kenderaan akan bermula dari September 2024 dan untuk maklumat lanjut, layari laman web www.mercedes-benz.com.my/EQS-SUV.