Mercedes-Benz EQS dipandu 1,205 km dengan solid state battery dan cas penuh

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-Benz EQS dipandu 1,205 km dengan solid state battery
Mercedes-Benz EQS dipandu 1,205 km dengan solid state battery
Mercedes-Benz sekali lagi menetapkan penanda aras baharu dalam dunia automotif elektrik.

Dalam satu ujian pemanduan yang luar biasa, sebuah unit Mercedes-Benz EQS dengan sedikit ubah suai dan dilengkapi bateri pepejal (solid-state battery/SSB) digunakan.

EQS ini berjaya mencatatkan perjalanan sejauh 1,205 kilometer (km), bermula dari Stuttgart, Jerman dan berakhir di Malmö, Sweden.

Paling mengagumkan, perjalanan ini dihabiskan tanpa perlu berhenti untuk mengecas.

Pecah Rekod Vision EQXX

 

Mercedes-Benz EQS dipandu 1,205 km dengan solid state battery

 

Pencapaian ini membuktikan teknologi bateri pepejal bukan sahaja berfungsi cemerlang dalam ujian makmal, tetapi juga sangat praktikal untuk kegunaan harian di jalan raya.

EQS ini juga telah memecahkan rekod terdahulu yang dipegang oleh Vision EQXX dalam laluan Stuttgart–Silverstone dengan tambahan tiga kilometer.

Apabila tiba di Malmö, EQS masih mempunyai baki jarak pandu sejauh 137 km, satu bukti kecekapan yang luar biasa.

Gabungan jarak pandu yang jauh, kecekapan, dan kematangan teknologi ini menandakan satu kejayaan besar dalam pembangunan bateri pepejal.

Ia turut memberi petunjuk jelas tentang potensi teknologi tersebut untuk kenderaan pengeluaran pada masa hadapan.

Ujian Dunia Sebenar

 

Mercedes-Benz EQS dipandu 1,205 km dengan solid state battery

 

Ujian pemanduan dari Stuttgart ke Malmö ini adalah sebahagian daripada program pengesahan menyeluruh untuk teknologi bateri pepejal di Mercedes-Benz.

Selain simulasi digital dan ujian di kemudahan canggih di Stuttgart-Untertürkheim dan Sindelfingen, kenderaan dan bateri kini diuji dalam keadaan dunia sebenar di jalan raya awam.

Tujuan utama ujian adalah untuk menilai prestasi keseluruhan kenderaan dalam pelbagai zon iklim dan profil laluan berbeza, sekali gus mempercepatkan proses untuk pengeluaran umum.

Laluan yang diambil adalah melalui lebuh raya A7 dan E20 yang merentasi Jerman dan Denmark sebelum tiba di Malmö, Sweden.

 

Mercedes-Benz EQS dipandu 1,205 km dengan solid state battery

 

Laluan optimum telah dikira menggunakan sistem Electric Intelligence. Sistem ini mengambil kira beberapa faktor utama, termasuk topografi dan keadaan lalu lintas.

Ia juga mengambil kira suhu persekitaran serta keperluan tenaga untuk pemanasan dan penyejukan kabin.

Keseluruhan perjalanan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang perkhidmatan feri.

Latar Belakang Teknologi

 

Mercedes-Benz EQS dipandu 1,205 km dengan solid state battery

 

Sistem bateri SSB ini dibangunkan melalui kerjasama erat dengan Mercedes-AMG High Performance Powertrains (HPP).

Pusat teknologi Formula 1 milik Kumpulan Mercedes-Benz ini beroperasi di Brixworth, United Kingdom.

Sel litium-logam yang digunakan dibekalkan oleh pengeluar Amerika Syarikat, Factorial Energy dan berasaskan teknologi FEST® (Factorial Electrolyte System Technology).

Bagi memastikan prestasi optimum, bateri SSB ini dilengkapi dengan penggerak (aktuator) pneumatik.

 

Mercedes-Benz EQS dipandu 1,205 km dengan solid state battery

 

Penggerak ini berfungsi untuk menampung perubahan isipadu sel yang berlaku semasa proses pengecasan dan pelepasan.

Fungsinya adalah untuk memastikan tekanan sentuhan yang diperlukan pada sel kekal konsisten dan menjamin operasi bateri yang sempurna sepanjang masa.

Kandungan tenaga bateri telah ditingkatkan sebanyak 25%, manakala berat dan saiznya kekal sama dengan bateri EQS standard.

Kecekapan berat dan tenaga yang lebih baik juga dicapai melalui penggunaan sistem penyejukan aliran udara pasif.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mercedes-Benz EQS dipandu 1,205 km dengan solid state battery

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Varian baharu ini menggabungkan teknologi canggih dengan ruang dalaman yang menawarkan pengalaman…
Berita Global
Satu contoh menarik yang wujud daripada katalog Brabus adalah EQS yang dikatakan jauh lebih menarik…
Berita Global
Sistem yang lebih dikenali sebagai Drive Pilot itu boleh didapati di Jerman bermula 17 Mei ini…