Selain penyediaan kenderaan eksklusif, pengunjung LIMA 2025 turut berpeluang melihat lebih dekat model Mercedes-AMG SL 43 roadster yang dipamerkan di booth rasmi Mercedes-Benz sebuah jentera berprestasi tinggi yang mencerminkan kemewahan dan keinginan dalam dunia automotif moden.
Penyertaan Mercedes-Benz Malaysia dalam acara berskala antarabangsa seperti LIMA juga mencerminkan sokongan mereka terhadap agenda mobiliti mampan serta kemajuan teknologi dalam bidang pertahanan, aeroangkasa, maritim dan automotif.
Untuk maklumat lanjut mengenai Mercedes-Benz Malaysia, layari www.mercedes-benz.com.my atau ikuti mereka di Facebook: Mercedes-Benz Malaysia