Mercedes-Benz G 350 d 2020 - nadi inline-6 diesel, 281 hp/600 Nm, harga RM1 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pelancaran model baharu GLB-Class dan GLB 35 AMG, Mercedes-Benz Malaysia turut sama membawakan varian baharu untuk keluarga G-Wagen, iaitu Mercedes-Benz G 350 d.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan varian G-Class yang lebih mampu milik selepas pelancaran versi AMG dua tahun yang lalu.

Dari segi kuasa, ia membawakan enjin diesel enam silinder sebaris OM656 berkapasiti 3.0 liter turbo yang menghasilkan 281 kuasa kuda dan 600 Nm yang masuk penuh antara 1,200 rpm - 3,200 rpm.

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda dengan nisbah pembahagian 40:60 menerusi transmisi 9G-TRONIC sembilan kelajuan.

Pecuan 0-100 km/j hanya mengambil masa 7.4 saat dan kelajuan tertinggi 199 km/j.

Disebabkan enjin diesel dan sistem ekzos yang digunakan adalah lebih senyap dan kurang gegaran terhasil, pemanduan G-Class adalah amat selesa terutama ketika perjalanan jauh.

G 350 d juga turut menggunakan pendakap enjin aktif buat pertama kali, di mana tetapan adalah lembut pada kelajuan di bawah 5 km/j, namun berubah menjadi lebih keras secara automatik ketik akelajuan tinggi, sekaligus memberikan kesan positif kepada keselesaan dan dinamik pemanduan.

 


Bahagian luaran G 350 d ini menampilkan kemasan AMG Night Package terdiri daripada rim AMG 20 inci, lampu membelok, lampu undur dan lampu utama yang digelapkan, serta gril radiator dan kemasan pelindung tayar simpanan dilayangkan warna Obsidian Black.

Pakej Stainless Steel pula merangkumi komponen seperti running boards, pelindung tayar simpanan, door sills, load sill guard di belakang daripada bahan keluli tahan karat, serta logo bintang Mercedes 3D dalam warna Obsidian Black.

 


Ruang kabin pula dihiasi dengan kemasan Exclusive terdiri daripada alas bumbung hitam Dynamic, trim metal weave, tali pinggang keledar merah, serta balutan kulit pada papan pemuka dengan jahitan kontras merah.

Dari segi keselamatan, G 350 d turut dilengkapi dengan Driving Assistance Package yang merangkumi Active Distance Assist DISTRONIC dan Blind Spot Assist.

Harga jualan untuk model G 350 d bermula dari RM999,888 tidak termasuk insurans.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…