Mercedes-Benz GLA 200 Style - bermula dari 224 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Mercedes-Benz B 200 Progressive Line, Mercedes-Benz Malaysia turut mengumumkan ketibaan sebuah lagi model crossover GLA untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu GLA 200 Style, ia didatangkan dengan enjin baharu 1.6 liter turbo yang mampu menghasilkan 156 kuasa kuda dan 250 Nm.

Kuasa tersebut dipadankan dengan transmisi 7G-DCT dan mampu mencatatkan pecutan sepantas 8.1 saat dari 0-100 km/j. 

Untuk varian ini, pakej luaran Style Line telah dipasang bagi menampakkan penampilan yang lebih berkualiti, seperti rim aloi bersaiz 18 inci serta penambahan elemen krom berkilat pada trim radiator. 
 


Memasuki ruang dalaman, tempat duduk mewah dengan kemasan kulit ARTICO dan fabrik Macapa menampilkan corak rekaan yang diinspirasikan daripada tayar kegunaan litar. 

Sistem infotainmen bersaiz 8 inci itu turut ditawarkan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto bagi memudahkan akses kepada aplikasi di dalam peranti pintar. 

Tidak dilupakan, ciri keselamatan yang dibawakan pada GLA 200 Style seperti ATTENTION ASSIST yang mampu mengesan pergerakan pemanduan akibat tidur mikro di waktu malam atau perjalanan yang jauh. 

 


Antara ciri keselamatan lain termasuklah sistem Active Brake PRE-SAFE, Active Parking Assist with PARKTRONIC dan lampu LED High Performance. 

Untuk mereka yang memilih pelan pembiayaan Agility, harga bulanan bermula dari RM3,288 serta lengkap dengan pelbagai pakej yang boleh disesuaikan mengikut kehendak anda. 

Sebagai panduan, harga jualan rasmi untuk GLA 200 Style bermula dari RM223,888 atas jalan tanpa insurans. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…