Mercedes-Benz GLB 2020 - mungkin hadir dengan varian off-road

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak cukup dengan penawaran crossover dan SUV sedia ada (tidak termasuk versi AMG), Mercedes-Benz menambah sebuah lagi model yang diletakkan ditengah-tengah antara GLA dan juga GLC, dikenali sebagai Mercedes-Benz GLB. 

Dengan rupa bentuk yang lebih kekotakan, GLB dibangunkan atas platform modular yang sama menghasilkan GLA, sedan A-Class dan CLA, dan ia sebenarnya merupakan B-Class versi jarak antara roda yang lebih panjang. 

 


Kuasa pula datang daripada enjin turbo empat silinder 2.0 liter yang mampu menghasilkan 224 kuasa kuda dan daya kilas 350 Nm. 

Transmisi automatik klac berkembar lapan nisbah kelajuan menjalankan tugas menyalurkan kuasa tersebut kepada sistem pacuan semua roda 4MATIC. 
 


Secara asasnya, GLB mempunyai dimensi panjang 4.63 meter, menghampiri panjang GLC (4.65 meter) membolehkan ia menawarkan ruang dalaman yang lebih luas dan mampu memuatkan dua orang bersaiz sederhana di baris ketiga. 

Mungkin jika sekilas pandang, anda akan menyangka bahawa GLB dan GLC memiliki dimensi yang sama, namun platform kompak membuatkan GLB lebih tinggi 279 mm berbanding GLC. 

Dari sudut pandang luar, GLB memiliki reka bentuk kekotakan, lampu seakan petak dan rekaan gril yang bersegi. 
 


Namun, Mercedes-Benz tidak menolak kemungkinan bentuk kekotakan GLB itu bakal menerima varian off-road, namun versi tersebut tidak akan muncul lebih awal bagi melihat tahap minat prospek GLB terlebih dahulu. 

Berdasarkan gambaran artis berkenaan model baharu GLB ini, ia seakan mengingatkan kita kepada G-Wagen, sebuah SUV off-road mewah sejati Mercedes-Benz. 
 


Mungkinkah ia bakal menjadi sebuah jentera off-road mewah mampu milik?

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…