Dari segi dimensi, GLB-Class duduk ditengah-tengah antara penawaran GLA-Class dan GLC-Class, dan dibangunkan atas platform yang serupa digunakan pada model A-Class, B-Class, CLA-Class dan juga GLA-Class.
Rupa luaran yang didatangkan pada GLB-Class ini lebih berorientasikan kenderaan off-road, dimulakan dengan bentuk kekotakan menguasai segenap sudut terutama lampu hadapan, gril yang besar, diikuti dengan pemasangan cladding plastik dan rel bumbung.
Secara asasnya, Mercedes-Benz GLB merupakan SUV kompak pertama dari Mercedes-Benz dengan penawaran tiga baris tempat duduk, di mana baris ketiga mampu menempatkan orang yang memiliki ketinggian 1.68 meter dengan selesa.
Ruang kargo pula menawarkan keluasan 570 liter dan mampu dipertingkatkan sehingga 1,805 liter, manakala tempat duduk baris kedua pula boleh digerakkan ke hadapan untuk penambahan ruang sehingga 190 liter.
Berikut merupakan spesifikasi ringkas varian GLB yang ditawarkan:
Mercedes-Benz GLB 200 Progressive Line
Kemasan luaran: Pakej Progressive Line, gril hadapan dual-slat, skid plate hadapan, kemasan krom bumper belakang, rim 18 inci five-spoke
Dalaman: Skrin paparan berkembar 10.25 inci, sistem operasi MBUX, modul LTE, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, tempat duduk fungsi memori, sistem kawalan iklim dua zon Thermotronic, corong pendingin hawa baris kedua, stereng kulit, upholsteri Artico
Harga: RM269,118
Mercedes-Benz GLB 250 AMG Line
Kemasan luaran: Pakej AMG Line, gril hadapan single-slat, skid plate hadapan, kemasan krom bumper belakang, rim 19 inci AMG five-spoke
Dalaman: Skrin paparan berkembar 10.25 inci, sistem operasi MBUX, modul LTE, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, tempat duduk fungsi memori, sistem kawalan iklim dua zon Thermotronic, corong pendingin hawa baris kedua, stereng kulit Nappa, upholsteri Artico/Dinamica, sistem pencahayaan ambien
Sistem keselamatan: kamera undur, Active Parking Assist Parktronic, Pre-Safe, bantuan brek aktif, Keyless-Go, sistem pemantauan tekanan tayar, ciri tailgate Easy-Pack, bantuan titik buta
Harga: RM318,009