Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 versi PHEV (CKD) dilancarkan, harga RM374,073.67 sehingga 30 Jun

oleh SALINA JALIL|
Majlis pelancaran Mercedes-Benz GLC (C253) 300e Coupe versi hibrid plug-in (PHEV) telah berlangsung siang tadi di Hap Seng Star Setia Alam, Selangor.


SUV eksekutif berbentuk coupe yang dipasang di kilang Pekan (CKD) ini ditawarkan pada harga RM 374,073.67, termasuk pengecualian cukai jualan SST sehingga 30 Jun 2022.

 

GLC 300e Coupe ini didatangkan dengan kuasa enjin 2.0L turbo (211 PS, 350 Nm) yang digabungkan dengan motor elektrik bertenaga 122 PS dan 440 Nm daya kilas. 


Keseluruhan kuasa yang dikeluarkan adalah 320PS dan 700Nm daya kilas bersama pancuan semua roda (4Matic) melalui transmisi automatik 9-kelajuan.

 

glc

 

Dari segi pecutan 0 - 100 km/j pula, ia mengambil masa 5.7 saat.


GLC 300e ini juga datang dengan pek bateri 13.5 kWj yang membolehkan pemanduan menggunakan kuasa elektrik penuh sejauh 43 km (kitaran WLTP). 


Kadar penggunaan bahan api adalah di antara 2.2 sehingga 2.5 liter bagi setiap 100 km dan kelajuan maksimum adalah pada 230 km/j

 

 

Dari segi pengecasan bateri, jika menggunakan soket rumah biasa, pengecasan penuh untuk bateri PHEV itu mengambil masa sehingga 5 jam tetapi dengan penggunaan wallbox 7.4 kW, ia hanya memerlukan 1.5 jam sahaja.

 

GLC 300e  Coupe ini dilengkapkan dengan pakej eksterior AMG Line yang menampilkan gril ala berlian, sistem ekzos kembar, tapak naik turun kenderaan dan rim AMG bersaiz 20 inci.


Pada bahagian kabin pula, GLC 300e hadir dengan stereng AMG Line yang menggunakan kulit Nappa dan penyaman udara 3-zon.


Selain itu, ciri-ciri lain adalah seperti kamera 360-darjah, kluster instrumen 12.3 inci dan infotainment MBUX yang lengkap dengan sistem audio Burmester.

 

Coupe ini juga dilengkapkan dengan bumbung suria panoramik dan but belakang berkuasa yang diberikan ruang bersaiz 350 liter.
 

 

Dari segi keselamatan, GLC 300e hadir dengan beberapa ciri keselamatan seperti Active Brake Assist, Pre-Safe, Blind Spot Assist dan Active Lane Keeping Assist.

 


MBM memberikan waranti selama 4 tahun tanpa had perbatuan.

 

Selepas 30 Jun 2022, harga GLC 300e Coupe  akan diberikan harga baharu iaitu RM398,888 tanpa insurans.

 

rear

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ia merupakan SUV mewah pertama berkuasa elektrik yang boleh didapati sebagai sebuah kenderaan…
Pelancaran
Secara standard, Mercedes-Benz EQC 400 4MATIC menampilkan kemasan luaran AMG Line, rim AMG aloi…
Pelancaran
Secara asasnya, EQS merupakan sedan mewah pertama berkuasa elektrik yang ditawarkan oleh Mercedes-…