Mercedes-Benz GLC-Class 2023 rasmi muncul dengan elemen rekaan S-Class

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu daripada model SUV Mercedes-Benz yang paling laris terjual, GLC-Class kini mendapat kemaskini dalam bentuk generasi baharu dengan membawakan perubahan dari segi rekaan, dan penawaran teknologi baharu yang diinspirasikan daripada model S-Class.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding model GLC-Class yang terdahulu, GLC-Class generasi baharu membawakan dimensi yang sedikit besar, dengan ukuran sepanjang 4,716 mm, lebar 1,890 mm, lebih rendah 4 mm dan jarak antara roda bertambah sebanyak 15 mm kepada 2,888 mm.

Selain daripada itu, jarak trek juga turut bertambah sebanyak 6.09 mm di depan dan 23.11 mm di bahagian belakang.
 

GLC


Perubahan dimensi yang disebutkan itu tadi membolehkan ruang kargo bertambah besar 70.7 liter kepada 620 liter.

Tidak cukup dengan itu, beberapa komponen seperti panel bawah badan, roda,  spoiler roda dan spoiler bumbung turut dioptimasikan untuk kadar keselesaan dan kesenyapan pemanduan yang lebih baik.

Malah, kadar pekali seretan GLC-Class 2023 ini bertambah baik dengan nilai 0.29 sahaja berbanding 0.31 pada model terdahulu.
 

GLC-Class


Dari segi rekaan, GLC-Class 2023 membawakan perubahan di mana bentuk gril hadapan yang lebih besar, unit lampu utama yang sedikit tajam, dan lampu belakang yang mengikuti rekaan identiti pada model S-Class dan C-Class.

Apa yang pasti, pengaruh susun atur papan pemuka S-Class kini disemadikan dengan baik pada ruang kabin GLC-Class, di mana crossover itu menampilkan skrin infotainmen sebesar 11.9 inci dengan sistem operasi MBUX, diikuti dengan skrin kluster instrumen 12.3 inci di bahagian hadapan pemandu.

Rekaan papan pemuka dan panel pintu mendapat penggayaan baharu, dan antara ciri standard yang dimuatkan termasuklah Apple CarPlay, Android Auto, pengimbas cap jari, kerusi hadapan dengan ciri pemanas dan slot pengecasan peranti pintar nirwayar.
 

GLC-Class


Setakat ini, Mercedes-Benz GLC-Class 2023 hanya ditawarkan dalam varian GLC 300 dan GLC 300 4MATIC, di mana kedua-dua varian didatangkan dengan nadi 2.0 liter dengan sistem hibrid ringan 48 voltan yang mampu menjana kuasa 258 hp dan 399 Nm.

Dipadankan dengan transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan, GLC-Class 2023 ini mampu memecut sepantas 6.2 saat dari 0-96 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 209 km/j.

Ciri keselamatan yang dimuatkan pada GLC-Class baharu ini termasuklah pakej Driving Assitance yang merangkumi kawalan jelajah adaptif, bantuan stereng aktif dan bantuan papan tanda trafik, diikuti ciri Active Park Assist dengan sistem kamera 360 darjah, dan pakej Guard 360 yang mampu memantau keadaan kenderaan sepenuh masa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun dengan bantuan teknologi yang diperoleh daripada sukan Formula One mampu menjadikan model…
Berita Global
Sistem yang lebih dikenali sebagai Drive Pilot itu boleh didapati di Jerman bermula 17 Mei ini…
Berita Domestik
Sonderklasse versi pemasangan tempatan dari Pekan, Pahang ini boleh didapati pada harga bermula…