Mercedes-Benz GLS-Class 2024 facelift muncul dengan kemaskini kosmetik

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas pelancaran model facelift GLA, GLB dan GLE, Mercedes-Benz mengemaskini pula penawaran bagi model SUV GLS-Class untuk model tahun 2024.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia menerima perubahan dari segi kosmetik, di mana struktur jeriji yang sangat besar itu kini mendapat empat bilah mendatar dengan kemasan Silver Shadow, liang kemasukan udara depan yang diinspirasikan daripada model GLE, diikuti dengan unit lampu belakang dengan grafik baharu.
 

GLS


Selain itu, pembeli juga boleh menempah rim 20 inci yang didatangkan dengan kemasan Himalayas Grey.

Untuk ruang kabin, Mercedes telah mengemaskini sistem infohibur MBUX dengan tiga mod paparan yang berbeza termasuklah mod Off-Road yang menunjukkan informasi seperti sudut stereng, kompas dan sudut kecenderungan sisi.
 

GLS


Terdapat juga paparan bonet telus pandang bagi model yang dilengkapi dengan Parking Package serta kamera 360 darjah.

Tidak ketinggalan, penawaran upholsteri baharu iaiktu kulit Catalana Beige dan Bahia Brown, serta trim High-Gloss Brown Linden Wood dan Manufaktur Piano Lacquer Flowing Lines.

Di Eropah, GLS-Class 2024 ini boleh didapati dalam pilihan trenkuasa hibrid ringan, terdiri daripada enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo, enjin diesel inline-6 2.9 liter turbo berkembar atau enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar.
 

GLS


Terdapat juga pilihan GLS yang lebih berkuasa talaan AMG, iaitu Mercedes-AMG GLS 63 4MATIC+, di mana ia boleh dibezakan dengan rekaan panel yang lebih agresif, lampu belakang LED signatur, serta dua warna baharu iaitu Manufaktur Alpine Grey Non-Metallic dan Sodalite Blue Metallic.

Ciri lain termasuklah bumbung panoramik, sistem eksoz AMG Performance, sistem bunyi Burmester, tempat duduk hadapan dengan ciri pemanas, Memory Package, Parking Pilot 360 darjah, serta talaan semula kepada perisian kestabilan olengan dan sistem suspensi udara untuk keseimbangan antara pengendalian dinamik dan keselesaan.
 

GLS


GLS 63 4MATIC+ AMG ini dikuasakan oleh nadi bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menjana kuasa setinggi 612 hp dan 850 Nm, dipadankan dengan sistem hibrid ringan 48 voltan yang mampu menambah 22 hp dan 250 Nm.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 4.2 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 280 km/j yang dihadkan secara elektronik.
 

Maybach


Akhir sekali, versi mewah Mercedes-Maybach GLS 600 yang turut mendapat kemaskini kecil seperti sistem pencahayaan ambien yang menyertakan paparan animasi logo, upholsteri tempat duduk yang berliang dengan sulaman berlian, dan rim tempa bersaiz 23 inci sebagai opsyen baharu.

GLS 600 ini juga turut menerima roda stereng baharu, sistem hiburan MBUX Multi-Seat dengan tiga skrin sentuh, opsyen pengecas peranti pintar 100W, serta penapis udara dua peringkat.
 

Maybach


Untuk model Maybach ini, hanya satu pilihan enjin sahaja ditawarkan, iaitu nadi 4.0 liter V8 turbo berkembar, dengan janaan kuasa 557 hp @ 6,000-6,500 rpm, dan 730 Nm @ 2,500-5,000 rpm.

Sistem hibrid ringan 48 voltan boleh menambah bantuan kuasa sebanyak 22 hp dan 250 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.2 saat, dan kelajuan tertinggi 250 km/j.

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…