Mercedes-Benz Malaysia santuni kanak-kanak rumah perlindungan sempena musim perayaan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Sempena meraikan semangat musim perayaan yang akan tiba, para pekerja Mercedes-Benz telah melawat 150 kanak-kanak dari tiga rumah perlindungan iaitu Rumah K.I.D.S, Persatuan Kebajikan Suriana dan Yayasan Sunbeams Home di Lembah Klang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lawatan itu bertujuan untuk menyebarkan semangat dan berkongsi kegembiraan perayaan melalui salah satu inisiatif mereka iaitu “Christmas in a Shoebox” buat kali ke-12.

Mercedes-Benz telah menyumbang sebanyak RM10,000 untuk setiap rumah sebagai usaha mereka untuk membantu komuniti tempatan.

 

2

 

Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, “Setiap kanak-kanak berhak meminta sesuatu dari Mercedes. Kami gembira kerana dapat membawa kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini dan amat berbangga dalam menyokong inisiatif sedemikian sejak 12 tahun lalu."

"Kami berharap dapat meneruskan inisiatif ini untuk beberapa tahun akan datang. Acara ini merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh pekerja kami setiap tahun kerana ia adalah cara bermakna untuk menyumbang kepada masyarakat, ia adalah gerak isyarat kecil dan mudah yang menjadikannya kesan terbesar dalam kehidupan”.

Para pekerja Mercedes telah membelikan hadiah mengikut senarai permintaan 150 kanak-kanak daripada tiga rumah perlindungan tersebut.

 

3

 

Acara itu telah diadakan dari 15 hingga 19 Disember melibatkan pelbagai aktiviti menarik seperti perjalanan menaiki beberapa model Mercedes-Benz termasuk model terbaru mereka, Mercedes-EQ. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…