Menerusi acara Caravan Salon Düsseldorf, Mercedes-Benz memperlihatkan Citan yang telah diubah menjadi sebuah camper mikro menggunakan asas daripada Citan Tourer serta kit modul daripada VanEssa.
Model Citan dipilih kerana ia memiliki dimensi yang hampir kepada sebuah kenderaan penumpang yang menjadikannya satu pilihan yang popular untuk dijadikan sebagai sebuah campervan.
Ruang memasak di bahagian belakang boleh menempatkan penunu gas, sistem sinki dengan tangki air sebesar 13 liter, peti sejuk berkapasiti 31 liter, serta laci untuk memuatkan pinggan, mangkuk, periuk dan sebagainya.
Modul VanEssa yang digunakan ini hanyalah seberat 60 kg, selain mudah untuk dipasang atau dibuka pada Citan menjadikannya salah satu kenderaan yang sangat ideal untuk digunakan sebagai camper atau kenderaan harian.
Selain itu, Citan ini juga turut didatangkan dengan tilam yang boleh memuatkan dua orang dewasa, dan tilam tersebut boleh dilipat dan diletakkan di atas modul dapur itu tadi bagi membolehkan tempat duduk baris kedua digunakan ketika diperlukan.
Menariknya, Mercedes-Benz merancang untuk menawarkan Citan camper ini bermula tahun hadapan.
Baca: Mercedes-Benz Citan 2022