Mercedes-Benz rasmi pembukaan Autohaus pertama dengan Luxury Lifestyle Boutique

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star Sdn Bhd hari ini melancarkan pusat Autohaus pertama yang dilengkapi dengan Luxury Lifestyle Boutique, menampilkan koleksi rekaan eksklusif dan aksesori Mercedes-Benz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penampilkan Brand Presence baharu ini membuktikan komitment Mercedes-Benz dalam menerajui era baharu pengalaman runcit, sekaligus mengukuhkan penawaran jenama mewah Jerman tersebut di Malaysia.

Menurut Dr. Claus Weidner selaku CEO dan Presiden Mercedes-Benz Malaysia berkata, "tujuan kami adalah untuk menghubungkan para pelanggan kami bukan sekadar dengan kenderaan, akan tetapi pengalaman gaya hidup yang menjanjikan perasaan gembira, kemewahan dan eksklusiviti.

 


Hap Seng Star Kuala Lumpur Autohaus memiliki kekuatan 20 orang tenaga pekerja, dan dibina atas tanah berkeluasan 29,300 kaki persegi.

Ia merupakan Autohaus pertama yang menampilkan pelbagai koleksi barangan mewah, aksesori, termasuklah pakaian kasual dan perniagaan, cermin mata, jam tangan dan banyak lagi.

Autohaus HSS ini juga mempunyai ruang pelanggan peribadi, kafe, dan delivery bay berkeluasan 2,000 kaki persegi yang dilengkapi sistem pencahayaan khas dan mampu memberikan pengalaman unik ketika pelanggan menerima kenderaan mereka.

 


Hap Seng Star telah melabur sejumlah RM300 juta dalam memastikan mereka mampu menawarkan pengalaman pelanggan yang terbaik di seluruh negara, dan RM3.5 juta diperuntukkan untuk Hap Seng Kuala Lumpur Autohaus.

Terdapat 11 lokasi Autohaus yang dikendalikan oleh Hap Seng termasuklah di Kuala Lumpur, Kinrara, Balakong, Jalan Ipoh, Bukit Tinggi, Setia Alam, Melaka, Iskandar, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Outlet terbaharu Minsoon Star Seremban Autohaus ini menampilkan konsep pengalaman runcit mewah…
Informasi
Untuk menyelamatkan poket dan hukuman 'tersadai' di tepi jalan apabila kenderaan meragam kemudian…
Berita Domestik
Menurut CEO dan Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner berkata, "Dengan pembukaan…