Mercedes-Benz Sprinter 2023 tampil dengan enjin, sistem AWD baharu

oleh Mohamad Hanif|
Keluarga van komersial Mercedes-Benz Sprinter generasi ketiga telah pun berada di pasaran sejak 2019, dan kini model tersebut telah diberikan kemaskini yang menjadikannya lebih berkeupayaan.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Antara perubahan besar adalah kehadiran enjin baharu, iaitu nadi diesel turbo 2.0 liter yang menggantikan enjin 3.0 liter bentangan V6 (188 hp/441 Nm).

Enjin baharu itu boleh didapati dalam dua talaan iaitu 168 kuasa kuda dan 400 Nm, sementara versi yang lebih berkuasa menghamburkan 208 hp dan 450 Nm.
 

Sprinter


Alternatifnya, enjin petrol empat silinder sebaris yang berkeupayaan 188 hp dan 350 Nm yang masih lagi dikekalkan untuk Sprinter 2023.

Kesemua varian Sprinter dilengkapi transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan yang menjanjikan penggunaan bahan api yang lebih cekap, dan penukaran gear rendah yang lebih cepat, sementara nisbah gear pertama direndahkan untuk pecutan awal yang lebih baik.

Selain itu, Mercedes turut mendatangkan sistem pacuan semua roda baharu, dengan pengagihan daya kilas sehingga 50 peratus untuk setiap gandar, berbanding tetapan 35 peratus untuk gandar hadapan pada sistem 4x4 terdahulu.
 

Sprinter


Sistem AWD ini hanya boleh didapati pada model diesel turbo berkuasa 208 hp dan 450 Nm sahaja.

Harga jualan untuk versi kemaskini ini hanya akan diumumkan menjelang pelancaran rasmi Sprinter 2023 kelak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bukan itu sahaja, kerjasama antara kedua-dua pihak itu juga bakal mewujudkan perkhidmatan bernilai…
Berita Global
Dari segi penampilan, CLE 53 AMG ini membawakan dimensi fender depan dan belakang yang lebih lebar…
Berita Global
Kerjasama yang terbentuk antara Mercedes-Benz Group China dan BMW Brilliance Automotive itu…