Mercedes dedah Vision AMG Concept - muncul tahun 2025, bakal pesaing Taycan?

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun Mercedes kini sudah pun mempunyai model EQE dan EQS serta model elektrik talaan AMG yang lebih berkuasa, ia masih dilihat belum cukup untuk memberikan saingan yang sebenar kepada model Porsche Taycan.

Disebabkan itu, mereka baru-baru ini mendedahkan sebuah model konsep yang dinamakan sebagai Vision AMG yang memperlihatkan sekilas pandang bagi model sedan elektrik berprestasi tinggi pada masa depan.

Mercedes Vision AMG ini dibangunkan atas pelantar AMG.EA yang dijangka akan muncul pada tahun 2025.
 

AMG


Dari segi dimensi, konsep ini membawakan ukuran sepanjang 5,100 mm, di mana ia sedikit panjang berbanding model AMG GT 4-Door, serta 147 mm lebih panjang berbanding Porsche Taycan.

Malah, ia juga turut menampilkan jarak antara roda yang panjang serta dimensi gantungan yang pendek, serta perkadaran badan yang rendah, memberikan kelebihan dari segi aspek aerodinamik.

Di bahagian depan, ia masih lagi membawakan 'rekaan gril' Panamericana tertutup yang bercahaya, ditambah dengan unit lampu utama berbentuk logo ikonik Mercedes-Benz serta jalur LED melintang.
 

AMG


Sementara bahagian belakang pula menempatkan spoiler aktif, jalur LED yang agak panjang, serta enam unit lampu di bahagian diffuser yang memberikan imej kehadiran paip ekzos dengan rekaan tiga dimensi.

Vision AMG Concept ini turut membawakan elemen rekaan daripada jentera F1 Mercedes, seperti contoh aksen teal di bahagian side sill dan diffuser, serta dekorasi bintang Mercedes di bahagian belakang badan.

Tiada sebarang informasi trenkuasa didedahkan, melainkan teknologi pacuan dan bateri bervoltan tinggi yang dibangunkan sepenuhnya daripada kertas kosong bersama syarikat YASA.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun masih lagi dalam peringkat pengujian, Mercedes baru-baru ini memperlihatkan keupayaan G-…
Berita Global
Menerusi model konsep ini, Asahi Kasei memperlihatkan bagaimana kemampanan, kepuasan dan masyarakat…
Berita Global
Model konsep one-off ini direka bagi membantu komuniti yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan…