Mercedes fokus kepada pemasangan EV 2025

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang pertengahan dekad, Mercedes-Benz menjangkakan sesetengah kilang pemasangan yang hanya akan dikhususkan untuk pemasangan kenderaan elektrik (EV) semata-mata.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, pengeluar automotif Jerman itu akan tetap memastikan barisan produksi sedia ada yang lebih fleksibel selari dengan permintaan pasaran.

Menurut temubual bersama ketua produksi Joerg Burzer oleh Reuters, mereka turut meramalkan sesetengah barisan produksi akan bertukar kepada barisan pemasangan elektrik untuk tempoh masa yang lebih awal.

"Untuk membina kilang pemasangan kenderaan elektrik bateri serba baharu akan memakan masa, jadi kami mengambil pendekatan yang berbeza.

"Kami turut melihat sesetengah barisan produksi yang hanya akan memasang EV sahaja dalam tempoh beberapa tahun akan datang, dan untuk tempoh separuh kedua dekad ini kami akan melihat seluruh kilang produksi yang lebih dedikasi untuk pemasangan EV.
 

EQE


Sementara itu, Mercedes-Benz menjangkakan model EQE bakal melonjakkan lagi jualan EV selari dengan langkah untuk menjadi sebuah jenama elektrik sepenuhnya kelak.

Mercedes-Benz EQE yang diperlihatkan buat kali pertama pada tahun lalu akan mula diproduksikan secara rasmi di Bremen, Jerman pada tahun ini, diikuti oleh Beijing dan Amerika Syarikat.

Sebagai info, jumlah jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) Mercedes-Benz hanya merangkumi 2.3 peratus untuk tempoh tahun lalu, di mana angka tersebut meningkat kepada 11 peratus jika disekalikan dengan model-model plug-in hybrid.

Namun menjelang tahun 2025, Mercedes-Benz menyasarkan 50 peratus daripada angka jualan terdiri daripada kereta elektrik dan kereta elektrik hibrid.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…