Mercedes Hasilkan Motor Elektrik 13.1kg 738hp!

oleh Qalif Latif|
Syarikat dari UK, Yasa Motors milik Mercedes-Benz mendakwa telah membina motor elektrik paling padat di dunia: seberat hanya 13.1kg tapi mampu hasilkan 738hp. Itu bersamaan 56hp untuk setiap kilogram, lebih dua kali ganda daripada penanda aras industri biasa iaitu 20hp/kg.

Sebagai perbandingan, motor paling padat ketika ini ialah Equipmake HPM-400 (digunakan dalam aerospace dan marin), dengan nisbah kuasa 54hp/kg dan berat 40kg. Tapi Yasa berjaya tewaskan rekod itu dengan unit lebih ringan dan lebih berkuasa.

Lebih mengejutkan, motor ini tidak guna bahan eksotik, tiada cobalt-iron, tiada litz wire dan langsung tak dibuat dengan cetakan 3D.

Yasa menjangka bila diluluskan nanti, unit ini boleh diproduksi sehingga 50,000 unit setahun di kilang mereka di Oxfordshire.

Yasa

Tiada tarikh rasmi bila motor ini akan digunakan dalam kenderaan sebenar, tapi Yasa sekarang sudah jadi pembekal kepada nama-nama besar seperti Ferrari, Lamborghini dan Mercedes-AMG jadi besar kemungkinan kita akan tengok motor ni dalam hypercar generasi akan datang.

Fakta Ringkas:

  • Kuasa: 738hp

  • Berat: 13.1kg

  • Kuasa/kg: 56hp

  • Tanpa bahan eksotik & cetakan 3D

  • Potensi produksi: 50,000 unit/tahun

  • Pembekal kepada Ferrari, Mercedes-AMG, Lamborghini

Sumber: Autocar UK – Will Rimell

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekod Asal Kenderaan Dari Arkib Kilang Menurut Ahli Lembaga Pengurusan Mercedes-Benz Heritage GmbH…
Berita Global
Model itu bakal bersaing secara langsung dengan Audi Q4 e-tron serta beberapa SUV elektrik premium…
Berita Global
Menurut laporan media tempatan Jiemian News, prestasi hambar model CLA elektrik telah memaksa…