Mercedes henti penawaran model wagon menjelang 2030 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala Volvo masih lagi menjamin tempoh hayat bagi model-model wagon (termasuk sedan), Mercedes-Benz nampaknya mengambil langkah untuk menamatkan mana-mana penawaran model wagon menjelang akhir dekad ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Automobilwoche, penamatan tersebut dimulakan dengan model CLA Shooting Brake menjelang tahun 2025, malah model E-Class generasi baharu juga dijangka tidak akan mendapat varian bumbung panjang.
 

E-Class All Terrain


Generasi baharu C-Class yang dilancarkan pada tahun lalu turut ditawarkan dalam bentuk wagon (dan juga versi crossover wagon All-Terrain), namun tiada siapa dapat meneka sejauh mana hayat wagon tersebut bakal bertahan.

Dalam laporan terdahulu, COO Mercedes-Benz Markus Schafer memberitahu Autocar bahawa pasaran kenderaan segmen estate (wagon) semakin mengecut dan kebanyakan pelanggan di pasaran utama lebih menggemari segmen crossover dan SUV.
 

C-Class


Jadi, untuk melabur berbillion dollar untuk sebuah segmen yang kecil merupakan pilihan yang kurang bijak memandangkan Mercedes mahu menumpukan perhatian untuk membangunkan kenderaan elektrik serta segmen yang lebih menguntungkan.

Sumber: Automobilwoche

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…