Mercedes mahu hentikan penawaran coupe, SUV coupe dan wagon!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tempoh beberapa tahun akan datang, Mercedes-Benz akan melaksanakan perubahan drastik terhadap portfolio produknya.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut laporan Car and Driver, daripada 33 bentuk badan yang ditawarkan oleh Mercedes-Benz pada ketika ini, hanya 14 model sahaja yang akan dikekalkan.

"Kami tidak memerlukan kereta estate (wagon) atau model dua pintu coupe untuk meningkatkan angka jualan," ujar ahli kanan pasukan strategi Mercedes-Benz.
 

GLC


Antara yang terjejas dengan langkah drastik Mercedes ini termasuklah model coupe/convertible C-Class (2023) dan E-Class (2024) yang akan digantikan dengan model CLE coupe dua pintu, CLS-Class (2024), serta AMG GT 4 Door (2024 atau 2025).

Model generasi baharu GLE Coupe dan GLC Coupe yang akan dilancarkan kelak juga bakal berakhir tidak lama lagi.

Mercedes juga bakal menamatkan wagon C-Class yang dihasilkan untuk pasaran Eropah pada tahun 2028, diikuti wagon E-Class pada tahun 2030, sementara CLA-Class generasi baharu yang akan muncul pada 2025 bakal menjadi model shooting brake yang terakhir.
 

SL


Berita baik, untuk tempoh beberapa tahun akan datang Mercedes-AMG akan melancarkan model GT coupe yang dibina berasaskan model roadster SL, diikuti model sedan coupe empat pintu yang akan muncul pada tahun 2026, SUV GLG (2026), serta dua buah model baharu yang akan menggunakan jenama Mythos, iaitu trak pikap G-Class dan model Gullwing versi moden.

Selain daripada itu, lebih banyak model EV yang bakal diperkenalkan kelak dengan kapasiti bateri yang mampu mencapai sehingga 150 kWh, jarak gerak mencecah 805 km (data WLTP), serta keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 270 kW.

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Informasi
Melalui kempen eksklusif ini, pelanggan yang membeli dua atau lebih tayar berukuran 17” dan ke atas…
Berita Domestik
Menerusi senarai yang dipaparkan oleh JPJ pada hantaran Facebook, kenderaan Mercedes-Benz…
Model Terbaharu
GLA 250 kini menampilkan pacuan semua roda pembolehubah 4MATIC dengan sistem torque-on-demand,…