Mercedes-Maybach GLS 600 2024 kini di Malaysia - harga dari RM1.9 juta

oleh Firdaus Razani|
Mercedes-Benz Malaysia hari ini baharu sahaja memperkenalkan model terbaharu yang mengabungkan kehebatan model GLS dengan gaya eksklusif Maybach, iaitu Mercedes-Maybach GLS 600 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sudah pasti, jika Mercedes mengabungkan namanya bersama Maybach, akan terserlah ciri-ciri kemewahan dan gahnya jenama Maybach pada setiap model Mercedes-Maybach.

 

gls

Bagi trenkuasa Mercedes-Maybach GLS 600, ia didatangkan dengan enjin petrol V8 4.0 liter dwiturbo yang mampu menghasilkan kuasa output sehingga 557 PS dan tork 770Nm.

Ia turut disertakan sekali dengan sistem mild-hibrid 48 volt yang menjana integrated starter-generator (ISG) untuk memberi kuasa tambahan sebanyak 22 PS dan tork 250Nm.

 

gls

 

Dengan trenkuasa tersebut, Maybach GLS 600 ini mampu memecut dari 0-100kmj hanya dalam 4.9 saat dan mencapai kelajuan tertinggi pada 250km/j.

Maybach GLS 600 ini menampilkan gril krom hadapan yang besar dengan bar menegak yang disertakan dengan perkataan “Maybach” jelas membezakan ciri aestetik dari model GLS yang lain.

 

gls

 

Pada bahagian air inlet, GLS 600 eksklusif ini juga menampilkan corak Maybach yang diberi sentuhan krom pada keliling bahagian itu, yang menampakkan lagi ciri eksklusif mewah pada model ini.

 

gls

 

Berbeza dengan model GLS biasa, GLS Maybach ini didatangkan dengan rim tempa multi-spoke Maybach bersaiz 23 inci yang menggabungkan reka bentuk eksklusif dan teknologi sukan permotoran.

 

gls

 

Pada bahagian dalaman, Maybach ini diberi sentuhan reka bentuk baharu pada sarung tempat duduk yang menekankan ciri mewah Mercedes-Maybach.

 

gls

 

Ia turut dilengkapi dengan tempat duduk belakang berbilang kontur, Pakej Keselesaan Akustik, Hiburan Tempat Duduk Belakang MBUX High-End dan 2 slot USB di bahagian belakang dengan pengecasan 100W.

 

gls

 

Tambahan itu, ia diberi sentuhan dengan pakej kulit MANUFAKTUR yang merangkumi upholsteri kulit nappa di seluruh bahagian dalam, termasuk kusyen upholsteri, pelapik bumbung dan konsol tempat duduk hadapan.

Maybach GLS dilengkapi dengan MBUX generasi terkini, realiti tambahan MBUX untuk navigasi, stereng pelbagai fungsi dalam kulit nappa, dan Pakej Premium Plus.

 

gls

 

Ciri-ciri lain termasuk pencahayaan ambien dengan unjuran animasi corak Mercedes-Maybach, pakej AIRMATIC, E-ACTIVE BODY CONTROL, MULTIBEAM LED, bumbung matahari gelongsor panoramik, MAGIC VISION CONTROL dan penutupan kuasa.

 

gls

 

Selain itu, kenderaan ini dilengkapi dengan GUARD 360 ° Vehicle protection Plus dan Pakej Bantuan Memandu.

Harga jualan bagi Mercedes-Maybach GLS 600 2024 adalah bermula daripada RM1,918,888 OTR tidak termasuk insurans.

 

gls

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ia hadir dengan penawaran enjin V8 yang serupa namun dengan talaan kuasa yang lebih tinggi, 557 hp…
Pelancaran
Hanya ditawarkan dalam varian tunggal S 580 4MATIC, sedan Maybach S-Class ini dikuasakan oleh enjin…
Berita Global
Seperti nama yang tertera, S-Class Edition 100 ini hanya akan ditawarkan kepada 100 orang VVVVVVIP…