Mercedes me Store rasmi dibuka - tawar pelan langganan serendah RM389/tahun

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan laman Mercedes me Store kini rasmi dibuka kepada para pelanggan yang mahu mencari produk digital untuk kenderaan terhubung mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat beberapa perkhidmatan langganan yang ditawarkan untuk tempoh langganan serendah satu tahun atau sehingga tiga tahun iaitu Remote Package (RM389/tahun atau RM914/tiga tahun), Navigation Package (RM608/tahun atau RM1,438/tiga tahun) atau kedua-dua pakej serentak (RM869/tahun atau RM2,049/tiga tahun).
 

Me


Malah, pemilik Mercedes-Benz juga boleh mendapatkan pakej penyesuaian berdasarkan permintaan seperti pengalaman bunyi dan permainan, atau mendapatkan ciri yang boleh dibeli sekali seumur hidup seperti Hard Disc Navigation dan AMG TRACK PACE.

Ciri berasaskan keselamatan seperti panggilan SOS, bantuan tepi jalan dan pengurusan kemalangan akan kekal percuma tanpa sebarang cas dikenakan.

Dengan adanya Mercedes me Store, para pemilik diberikan kebebasan penuh untuk memilih mana-mana pakej yang bersesuaian dengan tempoh pemilikan kenderaan mereka.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Siasatan mendapati sistem panggilan kecemasan eCall tersebut berpotensi menyalurkan maklumat lokasi…