Mercedes mungkin henti jual A-Class - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun yang lalu, Mercedes-Benz dilapor menghentikan jualan model A-Class di pasaran Amerika Syarikat akibat permintaan yang semakin menurun, ditambah pula dengan populariti SUV yang kian meningkat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Nasib A-Class pula nampaknya semakin berada di hujung tanduk apabila CEO-nya, Ola Källenius memberikan bayangan akan menamatkan penawaran model-model aras mula pada masa akan datang.

Bercakap kepada Autocar, beliau berkata, "ia bukanlah matlamat kami untuk menjadi pesaing di dalam kategori pengeluar jumlah yang tinggi. Ia bukanlah maksud jenama Mercedes-Benz yang sebenar.

Dalam kata-kata yang tersirat, beliau turut mencadangkan bahawa Mercedes-Benz mahu memfokuskan kepada model yang lebih tinggi, namun perincian tersebut hanya akan didedahkan dalam masa terdekat.
 

A-Class


Disebabkan oleh krisis kekurangan cip, ia memberikan kesan kepada jumlah jualan bagi model-model yang kecil disebabkan Mercedes-Benz lebih mengutamakan bekalan untuk model yang lebih menguntungkan.

"Sebelum masalah bekalan ini berlaku, kami telah jelas bahawa strategi kami bukanlah untuk mengejar angka, akan tetapi mengejar nilai bagi pelanggan dan juga syarikat," jelasnya lagi.

Tidak seperti pasaran Amerika, A-Class nampaknya mendapat sambutan yang cukup baik di pasaran Eropah, jadi ia merupakan satu perkara yang mengejutkan apabila Mercedes-Benz membuat keputusan untuk menghentikan penjualan model tersebut di sana.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Pelancaran
Sedan facelift pemasangan tempatan (CKD) tersebut boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu A…
Berita Domestik
Seorang pemandu wanita telah ditahan di plaza tol Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH…