Mercedes sedia bertanggungjawab atas kemalangan disebabkan sistem Drive Pilot

oleh Mohamad Hanif|
Sistem pemanduan autonomi Drive Pilot Mercedes-Benz yang kini sudah tersedia pada model EV sedan EQS telah pun diluluskan penggunaannya di lebuh raya Jerman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, sistem swapandu Tahap 3 tersebut hanya dibolehkan pada laluan yang telah ditetapkan, dan pada kelajuan di bawah 60 km/j di mana operasi seperti pecutan, kawalan stereng dan brek dikawal sepenuhnya tanpa bantuan input pemandu.

Selepas Jerman, Mercedes-Benz merancang untuk meluaskan penggunaan Drive Pilot tersebut di beberapa tempat di Amerika Syarikat menjelang akhir tahun ini.

Menurut Gregor Kugelmann, pengurus kanan pembangunan Drive Pilot berkata, "Penghujung tahun lalu, kami merupakan pengeluar pertama yang mendapat penarafan antarabangsa untuk sistem Tahap 3. Kami menyasarkan penggunaan sistem ini di California dan Nevada pada akhir tahun ini, serta negeri-negeri lain di Amerika Syarikat.

Menariknya, dalam temubual bersama Road & Track, pengeluar tersebut menjelaskan pemandu yang sudah mengaktifkan sistem tersebut tidak lagi akan bertanggungjawab terhadap operasi Drive Pilot sehinggalah ia dimatikan.

Malah, pemandu boleh mengalihkan tumpuan daripada pemanduan dan boleh melihat atau menggunakan peranti pintar atau menonton filem di dalam kereta ketika menggunakan sistem Drive Pilot.
 

S-Class


Di Jerman itu sendiri, pengguna telah dibenarkan oleh undang-undang untuk menggunakan peranti pintar di belakang stereng apabila sistem Drive Pilot diaktifkan.

Dalam erti kata lain, Mercedes-Benz akan bertanggungjawab sepenuhnya apabila sistem Drive Pilot tersebut mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Pendekatan berani ini membolehkan Mercedes-Benz melangkah lebih jauh ke depan di dalam persaingan sistem pemanduan semi-autonomi, berbanding pesaing-pesaingnya.

Namun begitu, ia dilihat bakal memberikan situasi yang sukar kepada pihak berkuasa, penguatkuasa undang-undang serta syarikat insurans, melihatkan kepada fakta bahawa pemandu tidak akan dipertanggungjawabkan sehinggalah sistem Drive Pilot tersebut dimatikan.

Beberapa kes yang serupa telah pun berlaku sebelum ini, termasuk insiden yang melibatkan sistem Autopilot daripada pengeluar Tesla sehingga menyebabkan kematian pengguna jalan raya yang lain.

Sistem Autopilot Tesla, serta beberapa teknologi seperti Super Cruise (GM) dan BlueCruise (Ford) masih lagi dikategorikan di bawah Tahap 2 yang memerlukan pemandu bertanggungjawab atas segala operasi kenderaan.

Ini bermakna, rangka undang-undang baharu perlu diwujudkan bagi membolehkan sistem Tahap 3 yang lebih maju (seperti Drive Pilot) dibenarkan untuk beroperasi atas jalan raya.

 

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…