MercedesTrophy 2021 kembali - hadiah berupa E 200 SPORTSTYLE Avantgarde, peluang mewakili Malaysia ke Stuttgart

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia hari ini mengumumkan kemunculan kembali kejuaraan Golf bertaraf antarabangsa MercedesTrophy yang mengumpulkan kira-kira 60,000 orang pemain golf amatur dari lebih 60 buah negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MercedesTrophy terbuka kepada semua pelanggan Mercedes-Benz dan untuk tahun ini ia akan menampilkan lima pusingan kelayakan yang akan bermula di Palm Garden Golf Club Putrajaya pada 25 Mei 2021.

Lima pemenang utama dari setiap pusingan akan bertembung pada pusingan akhir nasional yang akan mengambil tempat di Saujana Golf & Country Club, Selangor pada 15 Julai 2021.

Finalis juga akan diberikan peluang untuk menyertai Mercedes-Benz Demo Clinic Day yang pertama kali dianjurkan bagi memantapkan lagi skill dan kemahiran mereka di dalam sukan ini.
 


Dua pemain terbaik dengan bilangan kutipan mata yang tertinggi pada Pusingan Akhir Nasional akan dipilih untuk mewakili Malaysia ke MercedesTrophy World Finals di Stuttgart, Jerman pada tahun ini.

Selain daripada itu, pemenang pertama yang berjaya mencapai Hole-In-Ine pada salah satu dariapda dua lubang par-3 di setiap pusingan akan memenangi sebuah Mercedes-Benz E 200 SPORTSTYLE Avantgarde serba baharu bernilai RM329,888.

Antara hadiah menarik menanti termasuklah barangan eksklusif Mercedes-Benz, serta hadiah daripada rakan pemasaran MercedesTrophy termasuklah Mercedes-Benz Services Malaysia, Crestlink, EPOS, The Edge, Taylormade, The Saujana Hotel dan Carlsberg.

Berikut merupakan senarai lokasi pusingan kelayakan dan kategori yang bakal dipertandingkan pada tahun ini:

 


Untuk menyertai, sila layari www.mercedes-benz.com.my/mercedestrophy dan pendaftaran akan dikira berdasarkan siapa cepat, dia dapat.