Mesin potong rumput bangsawan yang menawan

oleh HEZERI SAMSURI|
Mesin potong rumput di Malaysia lebih ke arah mesin galas yang digunakan oleh tukang kebun atau buruh kasar atau tuan tanah sendiri.

Di US, di mana banyak rumah di kawasan pinggi bandar mempunyai laman seluas padang bola keranjang atau lebih, mesin potong rumput mempunyai dunianya yang tersendiri.

Sebelum ini, mesin potong rumput di sana boleh menjadi sebesar traktor mini yang dipandu oleh pemiliknya. Dengan kemajuan teknologi, tugas itu diberikan kepada robot yang mampu bekerja setiap hari tanpa cuti sakit atau cuti kecemasan.

Robo-lawnmowers atau mesin potong rumput robot ini bersaiz lebih kecil tetapi ia tetap menggunakan roda untuk bergerak.

 

 

Siri konsep Luxury Car Models Reimagined ini ialah idea syarikat Lease Fetcher dan menggabungkan mesin-mesin pemotong rumput robot yang memang sudah tersedia di dalam pasaran dan mengubah bentuknya untuk mengikut rekabentuk kenderaan mewah ikonik.

Menggunakan mesin pemotong rumput Bosch Indego 400 Connect, badannya diubah dan menjadi bentuk-bentuk kenderaan ikonik global.

Apa yang terhasil ialah mesin pemotong rumput robotik yang menarik perhatian kaki kereta.

Tesla CyberMower mendapat inspirasi dari Cyber Truck yang telah menerima lebih dari satu juta tempahan walaupun trak sebenar belum siap dibina.

 

 

Grass-ton Martin DB5 pula jelas mengambil inspirasi dari Aston Martin DB5 yang digunakan oleh Encik James Bond.

Bugatti La Voiture Mo-ire pula menggunakan platform mesin potong rumput robot Husqavarna 435X AWD dan ia lengkap dengan mod Sport.

Land Mower Ranger Mower pula mempunyai platform mesin pemotong rumput robot dari Ambrogio Robot L60 tetapi diubah untuk menjadikannya seperti sebuah Ranger Rover dengan roda aloi mirip yang sebenar.

Untuk peminat Ferrari, model 812 Supergrassed memang nampak menarik.

Kesemua robot-robot pemotong rumput ini direka sekali dengan garaj tersendiri yang membawa tema yang sama dengan kenderaan yang ditiru.

* Artikel penuh di Lease Fetcher

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun masih lagi dalam peringkat pengujian, Mercedes baru-baru ini memperlihatkan keupayaan G-…
Berita Global
Menerusi model konsep ini, Asahi Kasei memperlihatkan bagaimana kemampanan, kepuasan dan masyarakat…
Berita Global
Disebabkan itu, mereka baru-baru ini mendedahkan sebuah model konsep yang dinamakan sebagai Vision…