Meter minyak tak berfungsi, Audi RS6 Avant antara 45 ribu yang dipanggil semula

oleh Mohamad Hanif|
Audi baru-baru ini mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 45,789 unit kenderaan disebabkan meter bahan api yang bermasalah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kempen ini melibatkan model-model seperti sedan A6 (2019-2021), A6 Allroad (2020-2021), sedan S6, A7 (2019-2021), S7 (2020-2021), serta tidak ketinggalan model RS6 Avant 2021 dan RS7 2021.

Masalah tersebut berpunca daripada penderia pada unit penghantar aras bahan api di dalam tangki itu sendiri.

Menurut Audi, terdapat beberapa unit dibina diluar daripada toleransi yang dibenarkan, menyebabkan ia terletak terlalu dekat dengan hos ventilasi di dalam tangki, dan sekiranya berlaku sentuhan antara kedua-duanya, penderia akan tersekat dan mula menghantar isyarat aras bahan api yang tidak tepat kepada tolok minyak.

Keadaan ini mampu mengakibatkan sesetengah kenderaan kehabisan bahan api tanpa disedari walaupun tolok minyak memaparkan aras bahan api yang masih tersisa.

Sumber: Autoblog