MEX mula laksana sistem pembayaran terbuka hari ini

oleh Mohamad Hanif|
Para pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) boleh menggunakan sistem pembayaran tol terbuka (SPT) bermula hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem ini membolehkan pengguna membayar tol dengan menggunakan kad kredit atau kad debit sebagai alternatif kepada kaedah sedia ada (Touch ‘n Go, SmarTAG dan RFID).

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, enam lorong di Lebuhraya MEX akan dibuka bagi membolehkan pengguna menggunakan kemudahan pembayaran tersebut.

"Ia adalah sebahagian inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk melaksanakan sistem SPT di 12 lebuh raya terpilih secara berperingkat bermula September depan.

"Pelaksanaannya kelak membabitkan Lebuhraya MEX, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Besraya, Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Terowong SMART, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa mengadakan lawatan bagi memantau pengujian sistem SPT di Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya MEX, semalam.

Jelasnya lagi, pihak KKR akan sentiasa dimaklumkan dari semasa ke semasa berkenaan tahap kesediaan dan perkembangan pengujian yang kini dijalankan secara berperingkat oleh LLM bersama-sama syarikat konsesi lebuh raya.

"Pelaksanaan SPT harus dijalankan secara teliti dan terperinci dengan mengambil kira pelbagai proses libat urus seperti aspek teknikal, keselamatan, perundangan dan pengendalian rekod transaksi tol itu sendiri bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa diutamakan.

"Sementara itu KKR ingin menasihatkan pengguna lebuh raya supaya memastikan baki kad debit atau kad kredit mencukupi sebelum digunakan untuk pembayaran tol.

"Sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal, pengguna boleh menggunakan kad bank lain atau kad TnG," katanya yang turut melancarkan logo Sistem Pembayaran Tol Terbuka yang akan digunakan pada papan tanda di lorong tol.

Menurutnya, LLM juga sudah meminta semua syarikat konsesi yang terbabit dengan inisiatif SPT untuk menempatkan petugas di lorong tol untuk memberi panduan kepada pengguna sekiranya perlu.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian diterima pihaknya…
Berita Domestik
  "Laluan kontra ini akan bermula pada 16 November dari Kilometer (km) 11.5 sehingga km 7.9 bagi…
Informasi
  Tiada info lain dikeluarkan pada masa ini tentang penangguhan tersebut.   Sekiranya pengguna…