MG 5, Mahindra Scorpio kereta terbaharu skor sifar bintang Australia NCAP

oleh Mohamad Hanif|
Jangan tak percaya, masih lagi wujud kereta-kereta moden dalam pasaran (bukan pasaran Malaysia) yang mendapat skor sifar bintang dalam ujian pelanggaran kenderaan baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Agensi Australia NCAP baru-baru ini mengumumkan dua model yang disahkan mendapat markah sifar bintang, iaitu sedan MG 5 dan SUV Mahindra Scorpio.
 

mg 5


Mengikut kategori penilaian, MG 5 sekadar memperoleh 15.09/40.00 untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), 28.81/49.00 untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP), 26.78/63.00 untuk Perlindungan Perjalanan Kaki dan hanya 2.48/18.00 untuk kategori Bantuan Keselamatan.

Malang sekali, varian yang diuji ANCAP tidak dilengkapi dengan tali pinggang keledar pra-regangan untuk penumpang depan dan belakang, hanya peringatan tali pinggang keledar (SBR) sahaja dibekalkan untuk penumpang hadapan.
 

mg 5


Walaupun ciri seperti brek kecemasan autonomi (AEB) wujud pada MG 5, fungsi tersebut terhad kepada pengesanan kereta dan pejalan kaki sahaja.

Sementara fungsi seperti sokongan lorong (LSS), informasi had kelajuan (SLIF), sistem pemantauan pemandu (DMS) dan pengesan kehadiran kanak-kanak (CPD) tidak tersedia untuk model tersebut.
 

mahindra


Sebuah lagi model yang mendapat skor sifar bintang ANCAP ialah Mahindra Scorpio.

SUV body-on-frame itu memperoleh skor 17.67/40.00 untuk kategori AOP, 39.27/49.00 untuk kategori COP, 14.94/63.00 untuk perlindungan Pejalan Kaki dan 0.00/18.00 untuk kategori Bantuan Keselamatan.
 

mahindra


Menurut ANCAP, penilaian terbaharu itu dibuat berdasarkan varian enam tempat duduk yang dijual, di mana model tersebut tidak langsung ditawarkan sistem brek kecemasan autonomi (AEB) dan sistem sokongan lorong (LSS).

Ada varian yang dilengkapi dengan tali keledar yang dikhususkan untuk pinggang sahaja, di mana ANCAP tidak langsung menggalakkan penggunaan tali keledar tersebut untuk apa jua saiz penumpang.
 

mg 5


Sumber: ANCAP MG 5, ANCAP Mahindra Scorpio

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut ujian pelanggaran kenderaan baharu yang dijalankan oleh ANCAP, Toyota Hiace dan Nissan Leaf…