Legasi roadster dari MG diteruskan dengan pengenalan model MG F dan MG TF sekitar tahun 1995 hingga 2011 oleh 3 pengeluar iaitu Rover Group, MG Rover dan MG Motor.
MG yang merupakan jenama asal UK telah diambil alih oleh jenama dari China, iaitu SAIC Motor pada tahun 2005, dimana jenama MG Motor baharu kebanyakannya kekal di China selama 15 tahun, sebelum memasuki pasaran Eropah pada tahun 2021.
Antara model utamanya kini ialah crossover ZS, yang ditawarkan dengan pilihan plug-in hybrid dan EV, semenjak diambil alih oleh SAIC, model roadster tidak lagi menjadi tunjang utama jenama MG.
Namun, rindu bagi peminat MG di seluruh dunia kini mungkin dapat diubati dengan pengenalan model roadster baharu dari GM setelah sekian lama, iaitu MG Cyberster.
Setakat ini, tidak banyak yang didedahkan oleh GM mengenai spesifikasi roadster itu, namun yang pastinya, ia bakal menjadi EV roadster pertama dengan harga mampu milik di pasaran.
Menurut MG, Cyberster akan ditawarkan dengan dua varian yang mungkin bermula sekitar £55,000 (RM308,836) untuk varian RWD dengan 309 HP, dan sekitar £65,000 (RM364,999) untuk varian AWD bersama dua motor elektrik dengan 536 HP, untuk pasaran UK.
Jika dilihat dari rupa luaran, MG Cyberster dijangka dapat meneruskan legasi model roadster oleh MG, walaupun kini tidak dikuasakan dengan enjin pembakaran dalaman.
Untuk pasaran UK, jualan MG pada tahun 2022 mencatatkan lima kali ganda pertumbuhan berbanding lima tahun lalu, dimana ia melebihi 51,000 unit jualan.
Bagi peminat jenama MG terutamanya model roadster, mereka tidak perlu menunggu lama kerana MG Cyberster dijangka akan dilancarkan pada musim panas tahun 2024 untuk pasaran UK dan Eropah.