MG lancar SUV hibrid VS HEV - 177 PS, 350 Nm, dari RM108 ribu di pasaran Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Antara jenama automotif yang sudah pun menawarkan kenderaan elektrik di negara jiran Thailand adalah MG, dan baru-baru ini syarikat itu melancarkan sebuah model baharu berbentuk SUV hibrid dinamakan sebagai MG VS HEV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menjadi pencabar kepada Honda HR-V, Toyota Corolla Cross dan Nissan Kicks, MG VS HEV dikuasakan oleh trenkuasa hibrid yang menggandingkan nadi 1.5 liter VTi-TECH (109 PS/142 Nm), dipadankan dengan pek bateri 2.1 kW dan motor elektrik tunggal berkuasa 95 PS dan 200 Nm.
 

MG


Secara keseluruhan, MG VS HEV ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 177 PS dan 350 Nm, dengan bacaan penggunaan bahan api serendah 4.0 liter untuk setiap 100 km (data NEDC).

Kuasa itu disalurkan kepada roda depan menerusi transmisi e-CVT, dengan tiga mod pemanduan yang ditawarkan iaitu Eco, Comfort dan Sports.
 

MG


Dari segi dimensi, MG VS HEV mempunyai ukuran sepanjang 4,370 mm, lebar 1,809 mm, tinggi 1,653 mm, jarak antara roda 2,585 mm sementara jarak kelegaan tanah pula setinggi 145 mm.

Antara kelengkapan standard yang didatangkan termasuklah lampu depan projektor Bi-LED, lampu nyalaan siang LED, suis larasan suluhan lampu, lampu belakang LED, rim aloi dengan penutup aero bersaiz 17 inci, serta dekorasi warna biru di bahagian luar.
 

MG


Ruang kabin pula dilengkapi dengan skrin berkembar 12.3 inci, sokongan kamera keliling 360 darjah, slot pengecasan USB di depan dan belakang, sistem pendingin hawa digital, corong pendingin hawa baris kedua, sistem audio dengan enam pembesar suara, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem navigasi, serta sistem semakan nombor loteri dan horoskop terbina.

Ciri keselamatan yang ada pada sebuah MG VS HEV termasuklah ABS, EBD, Bantuan Brek Elektronik (EBA), Sistem Kawalan Kestabilan (SCC), kawalan brek selekoh (CBC), sistem kawalan cengkaman (TCS), bantuan mula mendaki (HSA), bantuan menurun cerun (HDC), sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), isyarat berhenti kecemasan (ESS) dan sistem kawalan hadlaju (ASL).
 

MG


Terdapat dalam dua varian, MG VS HEV dijual bermula dari 859,000 baht (RM107,659) hingga 919,000 baht (RM115,179) untuk varian tertinggi.

Berita Berkenaan

Berita Global
  MG4 bukan sekadar EV biasa. Terbaru MG Motor UK mengumumkan MG4 EV XPOWER adalah model produksi…
Berita Global
MG sudah hadir di Indonesia dengan dua model SUV mereka, MG ZS dan MG HS. Tidak mustahil ia akan…
Berita Global
  MG Extender menggunakan enjin 2.0-liter diesel turbo tunggal yang menghasilkan 161 hp dan 375…