MG pamerkan ZS elektrik untuk Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
Setelah puas dipromosikan oleh Kelab Kereta Elektrik Malaysia atau MyEvoc, MG ZS EV, model SUV elektrik yang cukup popular di Thailand akhirnya dipamerkan kepada orang umum, cuma bukan di Kuala Lumpur, tetapi di Jakarta.

Model SUV elektrik dari jenama China ini adalah sebuah SUV yang hampir sama besar dengan Honda HR-V atau Geely Proton X50. Ia dipamerkan di Indonesia International Motor Show (IIMS) Hybrid 2021 yang berlangsung sekarang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

MG sudah hadir di Indonesia dengan dua model SUV mereka, MG ZS dan MG HS. Tidak mustahil ia akan melancarkan model EV ini dalam masa terdekat.

Sebelum itu, MG sudah lama bertapak di Thailand dengan kilang pemasangan tempatan di sana.

MG ZS EV dilancarkan di Thailand dalam tahun 2019 dengan harga RM160,384. Ia datang dengan waranti empat tahun atau 120,000 km sementara baterinya pula mempunyai jaminan lapan tahun atau 180,000 km.

Bateri lithium ion bersaiz 44.5 kWh mampu memberikan jarak 337 km sebelum perlu dicaj. 

Menurut kajian MG berdasarkan pemanduan sebenar pula, SUv elektrik itu memberikan jarak perjalanan sejauh 235 km di dalam kesesakan bandar Bangkok.

Ramai yang mengeluh dan berkata jarak itu masih singkat untuk perjalanan balik kampung. Sebenarnya EV memang lebih sesuai untuk perjalanan harian di dalam bandar dan selalunya pemilik EV mempunyai kenderaan lain untuk perjalanan jauh. 

Sekiranya MG ini hadir di Malaysia, ia mampu meningkatkan kadar populariti EV di dalam pasaran tempatan kerana lebih ramai rakyat Malaysia yang faham mengenai EV dan ekosistem Malaysia pula jauh sudah bersedia untuk menerima kehadiran jentera-jentera listrik (elektrik) ini.

* Laporan penuh di Kompas.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  MG4 bukan sekadar EV biasa. Terbaru MG Motor UK mengumumkan MG4 EV XPOWER adalah model produksi…
Berita Global
Menjadi pencabar kepada Honda HR-V, Toyota Corolla Cross dan Nissan Kicks, MG VS HEV dikuasakan…
Berita Global
  MG Extender menggunakan enjin 2.0-liter diesel turbo tunggal yang menghasilkan 161 hp dan 375…