MG4 RASMI DI MALAYSIA - 4 VARIAN, 435PS, 600NM, HARGA DARI RM104,000

oleh Firdaus Razani|
Tahun lalu model MG Motor, MG4 telah dikesan sedang diuji di Malaysia dan menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah SAIC Motor Malaysia berkongsi akan melancarkan model MG tersebut di Malaysia.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Hari ini secara rasminya, jenama ikonik British, MG Motor, mengumumkan hatchback elektrik terbaharu iaitu MG4 ke pasaran Malaysia.

Model MG4 dikategori sebagai model hatchback segmen-C yang hadir dengan empat pilihan varian iaitu MG4 STD (standard), LUX, Extended LUX dan varian prestasi iaitu X-Power.

 

mg4

 

Secara asasnya, terdapat tiga varian yang menggunakan motor elektrik tunggal yang memacu roda belakang, manakala bagi varian prestasi X-Power, ia menggunakan dwi-motor yang memacu semua roda.

Ia turut hadir dengan lima ciri mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport, Snow, dan Custom beserta tiga aras Kinetic Energy Recovery System (KERS).

 

MG4 STD (Standard)

  • Kuasa Output: 170PS, 250Nm
  • Kapasiti pek bateri: 51kwh
  • Jarak gerak: 350km (WLTP)

 

MG4 LUX

  • Kuasa Output: 203PS, 250Nm
  • Kapasiti pek bateri: 64kwh
  • Jarak gerak: 430km (WLTP)

 

MG4 Extended LUX

  • Kuasa Output: 245PS, 258Nm
  • Kapasiti pek bateri: 77kwh
  • Jarak gerak: 520km (WLTP)

 

MG4 X-Power

  • Kuasa Output: 435PS, 600Nm
  • Kapasiti pek bateri: 64kwh
  • Jarak gerak: 384km (WLTP)

 

Bagi sistem pengecasan, ia boleh mengecas sehingga lapan jam dengan menggunakan pengecasan AC Type 2 7kW dan untuk pengecasan DC 150kW, ia boleh mengecas dari 10-80 peratus dalam masa 26 minit.

 

mg4

 

Untuk ciri rekaan luaran, ia hadir dengan lampu hadapan projektor LED bersama lampu nyalaan siang LED yang disuaikan dengan reka bentuk bampar hadapan yang sporty dan agresif.

 

mg4

 

Manakala untuk bahagian belakang, ia hadir dengan reka bentuk lampu belakang LED memanjang yang nampak moden serta ditambahkan lagi dengan spoiler aerodinamik pada bahagian atas belakang.

 

mg4

 

Untuk bahagian roda, MG4 varian standard menggunakan rim aloy bersaiz 17 inci manakala untuk varian yang lain, menggunakan rim aloy bersaiz 18 inci.

 

mg4

 

Bagi ruang dalaman kabin, pada bahagian konsol tengah, ia didatangkan dengan paparan infotainmen terapung bersaiz 10.25 inci yang disokong dengan Apple Carplay dan Android Auto.

 

mg4

 

Pada bahagian konsol tengah itu juga, ia turut hadir dengan knob pilihan gear jenis rotary dan pengecasan perantis tanpa wayar serta USB port.

 

mg4

 

Untuk bahagian pemandu, ia hadir dengan paparan klustermeter digital bersaiz 7 inci dengan stereng yang bersalut kulit serta butang kawalan pada stereng tersebut.

Bagi ruangan kargo, ia menawarkan ruangan sebesar 363 liter dan apabila kerusi belakang diturunkan, ia boleh memberi ruangan sebesar 1177 liter.

 

mg4

 

MG4 elektrik ini turut hadir dengan ciri keselamatan seperti enam beg udara, ABS (Anti-lock Braking System), EBD (Electronic Brakeforce Distribution system) dan BA (Braking Assistance).

Turut serta dengan 10 komponen penderia sistem bantuan dan keselamatan yang digelar sebagai MG Pilot iaitu ;

  • Adaptive Cruise Control
  • Amaran Brek Kecemasan
  • Amaran Keluar Lorong
  • Amaran Bukaan Pintu
  • Bantuan Kesesakan Lalu Lintas
  • Lane Keep Assist
  • Pemantauan Titik Buta
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Kamera Pandangan 360 darjah
  • Bantuan Suluhan Lampu Tinggi

 

mg4

 

Model MG4 elektrik ini ia ditawarkan dengan tujuh pilihan warna iaitu Holborn Blue, Camden Grey, Dynamic Grey, Volcano Orange, Monument Silver, Black Pearl dan Artic White.

M4 EV turut didatangkan dengan pakej waranti yang komprehensif, termasuk 7 tahun atau 150,000km (mana-mana dahulu) pada kenderaan dan 8 tahun atau 180,000km (mana-mana dahulu) pada bateri.

Harga jualan bagi setiap varian model MG4 elektrik terbaharu ini adalah seperti berikut ;

 

  • MG4 STD (Standard) - RM 104,000
  • MG4 LUX - RM 129,000
  • MG4 Extended LUX - RM 149,000
  • MG4 X-Power - RM 159,000

 

Tempahan telah dibuka, pelanggan boleh melawat mana-mana bilik pameran MG atau ke roadshow seperti tertera pada tarikh berikut;

 

mg4

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengedar baharu ini menyertai rangkaian baharu dalam meningkatkan kebolehcapaian kepada model…
Pelancaran
Hari ini, SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd melancarkan secara rasmi bagi harga dan tawaran menarik bagi…
Model Terbaharu
MG ZS EV terbaharu ini membawakan ciri moden elektrik pada reka bentuk grill rata dengan paten…